awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
03/07/2023
00:30 MYT
Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta
Anggota bomba dari BBP Kuala Lipis membantu mengeluarkan mayat mangsa yang terperosok di bawah kereta selepas terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Felda Chegar Perah, CSR, Lipis awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan berhampiran susur keluar Felda Chegar Perah, Lebuhraya Central Spine Road (CSR), Lipis pada awal pagi Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 4.05 pagi.
"Lapan anggota termasuk pegawai bersama jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat.
"Sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan empat kereta dan sebuah motosikal manakala mangsa terperosok di bawah salah sebuah kereta terlibat," katanya.
Zulfadli berkata, pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat lori tunda untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mayat mangsa.
"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Lebuhraya Central Spine Road
#JBPM Pahang
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan