MALAYSIA
Penunggang motosikal patah tangan langgar kereta polis di lorong kecemasan
Mangsa tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan patah tangan kanan. - Gambar/ Sinar Harian
KULAI: Seorang penunggang motosikal cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kilometer 37.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Isnin.
Ringkasan AI
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, siasatan mendapati kemalangan berlaku pada jam 4.07 petang, melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dengan kereta jenis Proton Inspira milik PDRM.
"Motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia 21 tahun telah melanggar bahagian belakang kereta polis yang sedang berhenti di lorong kecemasan untuk membuat pemeriksaan terhadap sebuah van.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai sedang memotong kenderaan lain di lorong kiri sebelum memasuki laluan kecemasan lalu melanggar kenderaan polis.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
“Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta Proton Inspira PDRM tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seng Lee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed di talian 013-3063710 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun cedera patah tangan kanan selepas melanggar belakang kereta polis yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Kulai.
- Kemalangan berlaku ketika mangsa dipercayai sedang memotong kenderaan lain dan memasuki lorong kecemasan, menyebabkan dia tercampak ke tengah jalan; pemandu kereta polis tidak mengalami kecederaan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat di IPD Kulai bagi membantu siasatan.