awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan

Bernama
Bernama
23/11/2022
05:23 MYT
Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan
Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
SHAH ALAM: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata insiden itu berlaku antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin lepas manakala lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjaya ditahan semalam.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin selain memiliki lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, dua rekod jenayah dan dikehendaki polis berkaitan kesalahan jenayah komersial," katanya dalam kenyataan hari ini.
Agus Salim berkata polis turut merampas motosikal yang digunakan lelaki terbabit seperti yang tular dalam media sosial dan semakan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai rekod senarai hitam polis.
Beliau berkata lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 17 saat tular menerusi media sosial memaparkan penunggang motosikal membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam kerana melarikan diri daripada dikejar kereta peronda polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lari daripada polis
#Sabak Bernam
#Lelaki ditahan
#positif dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan