TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori muatan besi di Kilometer 12 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang, di sini lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 62 tahun yang bekerja sebagai pemandu traktor itu mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan meninggal di tempat kejadian.
Katanya siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki terlanggar barangan besi bahan binaan kapal dibawa oleh lori berkenaan, yang terkeluar dari kawasan muatan.
"Pihak kami terima panggilan daripada orang awam pada jam 10.30 malam mengatakan terdapat kemalangan jalan raya maut melibatkan sebuah motosikal dan lori di lokasi tersebut.
"Kejadian berlaku apabila lori itu sampai dan berhenti di hadapan pintu kawasan kilang pembinaan kapal untuk menunggu pintu pagar utama dibuka.
"Tiba-tiba mangsa sampai dari arah Hutan Melintang ke Teluk Intan, telah terlanggar pada muatan besi bahan pembinaan kapal yang dibawa oleh lori tersebut.
"Keadaan jalan di tempat kejadian gelap dan tiada lampu jalan menyebabkan mangsa tidak nampak lori yang sedang berhenti di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya lagi, akibat pelanggaran itu, dada mangsa terkoyak dan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu lori tidak cedera.
Ahmad Adnan berkata mangsa kemudiannya dibawa ke hospital Teluk Intan bagi proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Aida Aziz
Fri May 13 2022

Mangsa berusia 62 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan PDRM Hilir Perak

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Warga emas maut tertembak diri sendiri dalam kebun durian
Punca kematian adalah disebabkan pendarahan akibat tembakan.

Warga emas maut, rumah sewa di Jonker Walk hangus dijilat api
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas melecur hampir 70 peratus di bahagian paha dan perut.

Penunggang motosikal warga emas maut, terlanggar muatan besi lori
Mangsa berusia 62 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki warga emas maut digilis, diseret lori
Kemalangan berlaku ketika lori berkenaan sedang bergerak terus di lorong kiri dari arah Puspakom Senawang menuju ke arah Sepang seorang diri.

Warga emas maut selepas bakar diri
Mangsa berusia 74 tahun itu disahkan maut oleh Pegawai Perubatan Hospital yang hadir di lokasi kejadian.

Warga emas maut, kereta rempuh treler di Lebuhraya Utara Selatan
Ketika kejadian, treler berkenaan dipercayai berhenti di tepi lebuh raya.

Motosikal bergesel dengan bas, warga emas maut
Mangsa yang berusia 72 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Warga emas maut kenderaan dirempuh pemandu positif dadah
Kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang pemuda berusia 31 tahun dikatakan terbabas memasuki laluan bertentangan.

Warga emas rentung, isteri parah kebakaran rumah
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.56 pagi dan setakat ini punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Warga emas maut rumah ditimbus tanah runtuh di Cameron Highlands
Seorang wanita warga emas maut selepas rumahnya ditimbus tanah runtuh di Sungai Palas, Brinchang di Cameron Highlands hari ini.