BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan kembali turun ke jalanan pada Sabtu sekali gus mengingkari perintah baharu yang melarang perhimpunan awam di Bangkok dan wilayah berhampiran.
Mereka berkumpul di tiga lokasi pada sebelah petang dan mengulangi tuntutan agar perubahan politik dilakukan termasuk pengunduran Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan serta reformasi monarki.
Selain itu, mereka menggesa pihak berkuasa berkaitan membebaskan empat pemimpin tunjuk perasaan yang didakwa mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan negara itu, yang turut dikenali sebagai lese-majeste kerana menghina monarki dalam demonstrasi tahun lepas serta pemansuhan Seksyen 112 Kanun Jenayah.
Pengumuman baharu yang melarang perhimpunan awam itu disiarkan dalam Warta Diraja pada Jumaat dengan menamakan enam wilayah iaitu Bangkok, Samut Prakan, Samut Songkhram, Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Pathum Thani.
Mereka yang melanggar perintah itu berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun dan/atau denda 40,000 baht.
Menurut Bangkok Post, Komander Ibu Pejabat Angkatan Bersenjata Diraja Thailand yang ditugaskan menangani kecemasan berkaitan keselamatan Jeneral Charlempol Srisawat telah mengeluarkan perintah itu bagi mengekang penularan COVID-19.
Sementara itu, tunjuk perasaan di Mahkamah Jenayah di Jalan Ratchadapisek berakhir pada kira-kira 9 malam (waktu tempatan).
Bagaimanapun, tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
Ahad lepas, tunjuk perasaan di luar berek tentera di mana terletaknya kediaman Prayuth di Bangkok bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Sejumlah 33 orang termasuk anggota polis cedera dalam tunjuk perasaan antikerajaan itu manakala 22 individu ditahan susulan insiden tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Penunjuk perasaan antikerajaan Thailand berarak menuju ke Mahkamah Jenayah ketika mengadakan protes di Bangkok, Thailand, 6 Mac, 2021. (Foto AP)
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.