Skip to main content

Malaysia

Penuntut UMT lemas ketika cuba selamatkan rakan di Lata Ulu Kasar

41753019679_tbGenericLemas.jpg
Seorang penuntut perempuan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampus Gong Badak, Kuala Nerus lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di Lata Ulu Kasar hari ini. - Gambar fail

BANDAR PERMAISURI: Seorang penuntut perempuan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampus Gong Badak, Kuala Nerus lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di Lata Ulu Kasar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata mangsa Suraya Hassan, 22, yang berasal dari Batu Pahat, Johor bersama tujuh lagi rakannya dari universiti sama berkunjung ke kawasan perkelahan berkenaan. 

Advertisement

Beliau berkata polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.48 tengah hari memaklumkan tentang kejadian itu. 

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mereka sedang mandi. Mangsa bersama seorang lagi rakannya Nur Najwa Farina Mohamed, 25, mendapati rakan yang dikenali sebagai Adilah hampir lemas. 

“Mereka berdua bertindak cuba menyelamatkan Adilah namun Suraya telah lemas manakala Najwa hampir lemas tetapi sempat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zain berkata mangsa yang selamat dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu dan dirawat sebagai pesakit luar manakala mayat Suraya dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

-- BERNAMA  

 

 

Must Watch Video