awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut UniKL sedang cuti semester hilang sejak Rabu

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2023
03:40 MYT
Penuntut UniKL sedang cuti semester hilang sejak Rabu
Muhamad Akmal Hakimi Ishak yang berusia 20 tahun keluar dari rumah menunggang motosikal jenis Honda Wave 125 warna merah dengan nombor pendaftaran BQA 3464. -Foto Sinar Harian
MERSING: Seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang sedang menjalani cuti semester selama sebulan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Makmur, Kluang sejak Rabu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, Muhamad Akmal Hakimi Ishak yang berusia 20 tahun keluar dari rumah menunggang motosikal jenis Honda Wave 125 warna merah dengan nombor pendaftaran BQA 3464.
"Anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menerima satu laporan tentang penemuan motosikal milik mangsa yang dilaporkan masih tidak pulang ke rumahnya di Kluang sejak Rabu.
"Laporan polis tentang kehilangannya dibuat bapanya, Ishak Kamis, 50-an di Balai Polis Kluang, semalam.
"Motosikal mangsa telah ditemui di kawasan berhampiran Pulau Mawar di sini dalam keadaan baik dan tidak berkunci.
"Berdasarkan penemuan ini, pihak polis telah melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bermula pada jam 5 petang semalam (Jumaat) yang melibatkan 22 orang pegawai dan anggota dari IPD Mersing, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, operasi peringkat awal melibatkan pencarian dalam kawasan hutan dan persisiran pantai sebelum dihentikan pada jam 7 petang atas faktor keselamatan berikutan cuaca gelap dan hujan.
Tambahnya, operasi disambung semula pada jam 8 pagi Sabtu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Taman Makmur
#Muhamad Akmal Hakimi Ishak
#penuntut Universiti Kuala Lumpur
#Ishak Kamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan