MALAYSIA
Penuntut universiti didenda RM10,000 jual video lucah
Kesalahan dilakukan menggunakan akaun "@sanomanji89" dan "@cocomelon87", dengan bayaran RM100. - Foto Bernama
SEPANG: Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku menjual kandungan lucah untuk tujuan komersial, tahun lepas.
Ringkasan AI
Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, selaku orang kena saman (OKS), dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara selama enam bulan.
OKS membayar denda itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun "@sanomanji89" di sebuah kediaman di Shah Alam, Selangor pada 10.45 malam 1 Mac 2024, dan hantaran tersebut dilihat di sebuah kondominium di sini pada 11 pagi 4 April tahun sama mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhammad Aidil dihukum mengikut Subseksyen 233(3) akta sama kerana telah menggunakan perkhidmatan aplikasi telegram melalui akaun "@cocomelon87" dan memberikan video lucah bagi tujuan komersial serta telah menerima bayaran RM100 bagi tujuan sama.
Subseksyen itu membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pegawai forensik digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan menjadi ejen provokasi dengan menghantar mesej langsung ke akaun "@sanomanji89" untuk membeli kandungan video lucah bertajuk 'Promo July24' sebelum pembayaran RM100 dibuat melalui transaksi digital menggunakan kod tambah nilai Touch 'n Go.
Pada 23 Julai 2024, kira-kira 9.52 malam, OKS telah memberikan pautan pengguna akaun Telegram "@cocomelon87" kepada ejen provokasi melalui mesej langsung di akaun "@sanomanji89" selepas kod tambah nilai Touch 'n Go berjaya ditebus.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya MCMC Fadhli Ab Wahab berkata kesalahan itu perlu dikenakan hukuman bersifat pencegahan untuk memberi mesej jelas kepada masyarakat supaya tidak menganggap perbuatan tersebut sebagai perkara ringan.
"Perbuatan memuat naik dan menjual kandungan lucah bukan sahaja mencabar nilai agama dan budaya negara tetapi juga boleh menggalakkan penyalahgunaan media sosial serta memberi kesan psikologi kepada masyarakat.
"Tertuduh, sebagai seorang yang beragama Islam, seharusnya sedar bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan hukum agama," katanya.
Peguam Sabrina Mohammad pula memohon agar hukuman ringan dikenakan atas alasan OKS masih muda, baru menamatkan latihan industri dan belum mempunyai pendapatan tetap.
"OKS merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa yang berpendapatan sekitar RM3,200 sebulan.
"Tambahan pula, adiknya menghidap penyakit kronik dan seorang lagi OKU (orang kurang upaya)," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen denda RM10,000 ke atas penuntut universiti awam berusia 24 tahun kerana menjual kandungan lucah untuk tujuan komersial melalui Telegram.
- Kesalahan dilakukan menggunakan akaun "@sanomanji89" dan "@cocomelon87", dengan bayaran RM100; didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Pendakwa mohon hukuman pencegahan kerana perbuatan mencabar nilai agama dan budaya, manakala peguam rayu hukuman ringan atas faktor kewangan dan keluarga OKS.