MALAYSIA
Penuntut universiti didenda RM10,000 muat naik video lucah di aplikasi X
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, selaku orang kena saman (OKS) dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara empat bulan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video lucah menerusi akaun X miliknya, tahun lepas.
Ringkasan AI
Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Aidil Akmal Azhar, 24, selaku orang kena saman (OKS) dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dihukum penjara empat bulan.
OKS berkenaan membayar denda itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun "@sanomanji89", di sebuah kediaman di Shah Alam, Selangor pada 10.45 malam 1 Mac 2024 dan hantaran tersebut dilihat di sebuah kondominium di sini pada 11 pagi 4 April tahun sama Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
OKS dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Berdasarkan fakta kes, seorang pegawai forensik digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat data preservasi ke atas akaun X "@sanomanji89" dan hasil analisis forensik menemukan maklumat iaitu nama pengguna Manjiro serta kandungan video lucah dimuat naik tersebut di dalam telefon bimbit yang rampas daripada tertuduh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya MCMC Fadhli Ab Wahab memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada OKS mengambil kira kesan kandungan lucah di media sosial terhadap negara amat serius kerana ia menyentuh aspek moral, sosial, ekonomi, keselamatan dan kedudukan antarabangsa.
"Generasi muda pula menjadi kumpulan paling terkesan kerana mudah terdedah kepada media sosial. Jika dibiarkan, hal ini akan melahirkan generasi yang lemah dari segi akhlak, kurang daya tahan moral dan hilang fokus, seterusnya menjejaskan pembangunan modal insan negara.
"Mahkamah juga boleh mengambil maklum bahawa terdapat peningkatan ketara dalam kes penghantaran komunikasi lucah di media sosial... jika tindakan tidak diambil dengan tegas, ia akan membuka ruang kepada kelaziman kelakuan seperti ini," katanya.
Peguam Nurshah Kamarudin pula memohon hukuman rendah atas alasan OKS tidak mempunyai kesalahan lampau dan menyesal serta telah insaf selain berjanji tidak akan mengulanginya.
"Pengakuan bersalah OKS menjimatkan masa serta kos mahkamah... mahkamah juga perlu mengambil kira OKS memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan... ibunya seorang kerani manakala ayahnya pembantu restoran dan perlu menanggung enam anak," katanya yang dibantu oleh peguam Muhammad Iman Azhar.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang penuntut universiti awam didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran video lucah melalui akaun X miliknya pada Mac 2024, dan boleh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.
- Pendakwa raya MCMC menekankan kesan serius kandungan lucah terhadap moral, sosial dan keselamatan negara, manakala peguam tertuduh merayu hukuman ringan atas faktor penyesalan, kerjasama baik dan latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.
- Analisis forensik MCMC terhadap akaun dan telefon bimbit tertuduh mengesahkan kandungan lucah dimuat naik, dan kes ini dikendalikan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.