awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut universiti parah jatuh tingkat enam bangunan asrama

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/05/2023
06:04 MYT
Penuntut universiti parah jatuh tingkat enam bangunan asrama
Mangsa dipercayai terjatuh selepas tergelincir ketika cuba memanjat masuk ke dalam kediamannya untuk mengambil kunci rumahnya yang tertinggal di dalam unit berkenaan. -PDRM
PADANG BESAR: Seorang penuntut universiti parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediaman pelajar ketika memanjat untuk mengambil kunci yang tertinggal di unit kediamannya, di Sungai Chuchuh, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 petang berhubung kejadian.
“Mangsa berusia 24 tahun dan berasal dari Kulim, Kedah itu dipercayai terjatuh selepas tergelincir ketika cuba memanjat masuk ke dalam kediamannya untuk mengambil kunci rumahnya yang tertinggal di dalam unit berkenaan.
"Menurut penuntut lain yang menyaksikan kejadian, mereka terdengar bunyi seperti sesuatu yang jatuh sebelum melihat mangsa terbaring berlumuran darah di lantai aras bawah bangunan.
“Ketika ditemui orang ramai, mangsa masih berada dalam keadaan sedar, namun tidak dapat bergerak akibat kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Shokri berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Punca kejadian masih disiasat dan polis turut memohon kerjasama saksi lain yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#penuntut universiti parah
#terjatuh dari tingkat enam
#kediaman pelajar
#tertinggal kunci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan