MALAYSIA
Penuntut wanita cedera dikelar, bekas teman lelaki direman 4 hari
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga asing yang disyaki menyerang dan mengelar bekas teman wanitanya dengan pisau di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, dekat sini direman empat hari.
Ringkasan AI
Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Siasatan ke atas suspek berusia 21 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.
Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama 10 tahun maksimum atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang Isnin, suspek dikatakan mencederakan teman wanita berusia 20 tahun yang juga warga asing dengan menggunakan pisau, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kiri leher.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat sebelum ini berkata, suspek yang juga penuntut universiti sama ditahan polis di lokasi, namun punca kejadian masih dalam siasatan.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di zon merah untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fadizah Ajamin di talian 019-8582166 atau Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun direman empat hari selepas disyaki menyerang dan mengelar bekas teman wanitanya di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, dengan pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
- Mangsa berusia 20 tahun mengalami kecederaan di leher dan dirawat di zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), manakala suspek ditahan di lokasi kejadian dan punca insiden masih disiasat.
- Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fadizah Ajamin atau Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya.