awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/11/2023
07:05 MYT
Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar
Pengurangan duti hiburan itu antaranya merangkumi lima peratus bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu bukan bertujuan menggalakkan maksiat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan masih meletakkan syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhi bagi penganjuran sebarang aktiviti hiburan.
"Ini saya nak beritahu bukan lah maksudnya bukan untuk mengalakkan maksiat (penurunan duti hiburan).
"Hiburan untuk anak-anak muda dengan syarat-syarat yang terkawal itu... kita kurangkan kadar duti hiburan walaupun kita dikritik (kerana) keputusan ini (dituduh) sebagai galakan yang tidak baik.
"(Tetapi) syarat-syarat masih diketatkan dan mesti dipatuhi," kata Perdana Menteri ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.
Ketika membentangkan Belajawan 2024 pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri memaklumkan pengurangan duti hiburan itu antaranya merangkumi lima peratus bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.
Selain itu, pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
#duti hiburan
#Maksiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan