Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu depan bagi menyelesaikan perkara berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak.
Semasa berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu di sini hari ini, Adenan berkata Sarawak mahu agar dikembalikan kuasa pentadbiran yang pernah dimilikinya dan diambil kerajaan pusat memandangkan ia penting bagi pembangunan negeri itu khasnya kepada penduduk di luar bandar.
Katanya dalam perjumpaan itu juga, beliau akan membangkitkan lagi mengenai peningkatan royalti minyak kepada Sarawak memandangkan kadar lima peratus sekarang terlalu kecil.
Menurut beliau perbincangan mengenai perkara terbabit akan memakan masa namun percaya ia akhirnya akan dipersetujui kerajaan pusat.
Justeru, beliau mahu rakyat memberi tempoh lima tahun lagi kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin Sarawak agar perkara itu dapat dicapai bagi kepentingan semua.
Sehingga kini, kata Adenan, kerajaan pusat telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan lesen perikanan laut dalam di kawasan perairan Sarawak tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Katanya kerajaan pusat juga telah bersetuju supaya dalam masa tiga tahun lagi 90 peratus daripada tenaga guru di negeri itu adalah rakyat negeri itu sendiri selain peruntukan kontrak tahunan bernilai RM2.1 bilion Petronas kepada syarikat-syarikat dari negeri Sarawak.
Sepanjang tempoh dua tahun menjadi Ketua Menteri, Adenan berkata terdapat 50 perkara yang telah dilaksanakannya, termasuk penghapusan tol, pengurangan tarif elektrik dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.
Katanya dalam tempoh 50 tahun, Sarawak telah ketinggalan dalam banyak perkara dan beliau mahu menyelesaikannya dengan menumpukan kepada kawasan luar bandar agar kemiskinan antara kawasan itu dengan kawasan bandar dapat dirapatkan.
"Beri saya lima tahun lagi. Jika kalian beri saya mandat besar (pada pilihan raya negeri ke-11), saya boleh bertegas dengan Kuala Lumpur dan beritahu mereka apa yang kita mahu," katanya.
Adenan berkata rakyat Sarawak boleh menghakimi beliau dalam masa lima tahun lagi.
"Kalau saya tidak bagus, kalian semua boleh singkir saya. Saya tidak berhasrat memegang jawatan terlalu lama kerana saya akan menjadi terlalu tua bagi jawatan ini," katanya, sambil menambah beliau yakin rakyat Sarawak tahu apa yang perlu mereka lakukan pada PRN-11 nanti.
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan perasmian program tiga hari itu yang bermula semalam.
Objektif penganjuran program Sejiwa Senada itu adalah untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak serta menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat.
Bernama
Sat Jan 16 2016
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menerima cenderahati selepas merasmikan Program Sejiwa Senada Peringkat Bahagian Sibu di Dataran Bandar Sibu Fasa II hari ini. - Foto Bernama
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.