KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan lebih ramai pengunjung datang ke Sarawak dan Sabah menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri ini berikutan penurunan harga tambang penerbangan ke kedua-dua negeri itu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penurunan ini juga akan turut membantu usaha bagi mencapai sasaran 1.2 juta pelancong ke Sarawak tahun ini.
"Dari segi trendnya, kita lihat bulan puasa ini memang kurang orang masuk melancong, tetapi apabila menjelang penghujung bulan Ramadan.. sebab orang nak beraya, kita akan nampak lebih ramai (pengunjung ke Sarawak dan Sabah)," katanya semalam.
Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga MOTAC Sarawak di pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di sini, beliau berkata penurunan harga tambang itu juga akan dapat meredakan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dari kedua-dua negeri ini untuk pulang semasa perayaan ini.
"Rakan kita yang lain perlu faham kenapa Sabah dan Sarawak 'bising' (berkenaan harga tambang penerbangan yang tinggi sebelum ini). Sarawak dan Sabah tiada perhubungan jalan raya dengan negeri lain di Semenanjung dan hanya dapat dihubungkan melalui penerbangan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Nancy berkata, penurunan harga tambang itu juga akan dapat meredakan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dari Sarawak dan Sabah untuk pulang semasa Aidilfitri. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Semua pihak bertanggungjawab pastikan kanak-kanak, remaja tidak terlibat isu sosial - Nancy
Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terjerumus dalam isu sosial sehingga menggugat pembelajaran mereka di sekolah.
509 kes buang bayi dilaporkan sejak 2018 hingga Februari lepas
Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Majlis Profesion Kerja Sosial dicadang dimasukkan dalam RUU - Nancy
Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) dicadang untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undadang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS).
Pengusaha taska wajib patuh garis panduan pastikan keselamatan kanak-kanak
Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar diwajibkan mematuhi garis panduan dalam Program Advokasi Perkhidmatan Taska bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa diutamakan.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.