awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan 27 anak syarikat di Perak tidak libatkan GLC besar - MB Perak

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
25/01/2023
11:06 MYT
Penutupan 27 anak syarikat di Perak tidak libatkan GLC besar - MB Perak
Penutupan 27 anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) tidak melibatkan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang besar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Penutupan 27 anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) tidak melibatkan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang besar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menurut beliau, penutupan kesemua GLC terbabit juga tidak melibatkan jumlah pekerja yang ramai kerana, sebahagian besarnya hanya terdiri daripada lembaga-lembaga pengarah sahaja.
“Saya katakan sebahagian daripada syarikat ataupun GLC itu telah ditubuhkan dan hanya ada lembaga-lembaga pengarah sahaja. Ia baru ditubuhkan dan belum mempunyai sebarang bentuk perniagaan.
“Walau bagaimanapun, jika ada yang ditutup kerana perniagaannya mencatatkan kerugian, anggota yang berada dalam GLC itu akan dipindahkan kepada GLC lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cinta anjuran Dewan Perhimpunan Cina di Hotel Kinta Riverfront, di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Presiden Dewan Perhimpunan Cina Perak, Datuk Kwan Foh Kwai.
Pada Selasa, Astro AWANI melaporkan kerajaan Perak telah menutup 27 buah anak syarikat PKNPk yang menjadi beban kepada syarikat induk itu.
Saarani dilaporkan berkata, ia selaras dengan unjuran agar anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dapat memberi sumbangan RM100 juta kepada kerajaan negeri menjelang 2030.
Ujarnya anak-anak syarikat itu ditutup selepas tidak menunjukkan sebarang prestasi yang baik, tiada perniagaan dan tidak dapat memberi sumbangan balik kepada kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#27 anak syarikat ditutup
#GLC
#Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan