Acara tahunan maraton Standard Chartered 2014 akan berlangsung pada hujung minggu ini (Ahad, 12 Oktober 2014). Apa kena mengena dengan anda sebagai seorang drebar atau pengguna jalan raya? Sangat banyak jika anda merancang untuk ke pusat bandaraya pada hari itu, ataupun di kawasan sekitar kerana banyak jalan akan ditutup.

Butir-butir terperinci mengenai jadual penutupan jalan sempena acara maraton ini ada tersenarai di dokumen PDF di sini:

Penutupan-jalan-StanChart-marathon.pdf

Secara amnya, penutupan jalan adalah seperti berikut (namun kami syorkan anda rujuk semula kepada dokumen rasmi PDF yang kami sertakan di atas untuk maklumat yang jelas dan tepat):
KawasanMasa
Jalan RajaMula ditutup 8.00 malam, Jumaat (10 Okt) hingga 2.00 petang, Ahad (12 Okt)
Pusat bandar: Jalan Raja Laut, Sultan Ismail, Jln Ampang, Raja Chulan, P Ramlee & Dang Wangi4.00 pagi - 10.00 pagi
Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH)2.00 pagi - 10.00 pagi
Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)3.00 pagi - 11.00 pagi
Jalan Mahameru / Jln. Damansara5.00 pagi - 12.00 tgh

Nota: Sistem STAR LRT dan Putra LRT (sekarang masing-masing dikenali sebagai Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya) akan bermula operasi seawal jam 3.00 pagi dengan kekerapan setiap 10 minit.

Stesen-stesen yang paling dekat dengan lokasi bermulanya maraton ini adalah Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek, oleh itu tempat-tempat ini juga mungkin akan menjadi sibuk berdekatan waktu mula larian iaitu bermula 4.30 pagi (maraton penuh) hinggalah 8.55 pagi (larian 1km untuk kanak-kanak).

Diantara jam 3.00 pagi hingga 6.00 pagi, kos perjalanan sehala sudah ditanggung. Tambang biasa digunakan di luar masa-masa ini.