awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan Utusan sudah dijangka tapi bukan sebegini pantas - Ku Seman

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/10/2019
10:42 MYT
Penutupan Utusan sudah dijangka tapi bukan sebegini pantas - Ku Seman
Ku Seman sudah menjangkakan akan berlaku penutupan Utusan Melayu Berhad (Utusan) sejak lima tahun lepas. - Astro AWANI
Bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein sudah menjangkakan akan berlaku penutupan operasi Utusan Melayu Berhad (Utusan) sejak lima tahun lepas.
Namun, beliau tidak menyangkakan ia akan dibuat dengan terlalu pantas.
"Pertama sekali, saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku tetapi saya tidak terfikir ia berlaku begitu pantas. Dalam lima tahun lepas saya sudah fikir perkara ini akan berlaku iaitu perubahan platform berita dan media. Namun yang berlaku semalam terlalu pantas," katanya semasa menjadi tetamu pada program Cerita di saluran Astro AWANI pada Khamis.
Bagi Ku Seman, beliau melihat punca penutupan Utusan disebabkan pelbagai masalah.
"Bagi saya ia satu gugusan permasalahan. Ada disebabkan oleh isi kandungan, pengurusan dan trend. Saya tidak fikir ia beralih kepada digital sangat. Tetapi keadaan, kandungan menyumbang sikit. Masalah juga apabila pembaca beralih kepada media sosial. Kalau membaca dalam bentuk digital tiada masalah tetapi digital juga tidak memberangsangkan," ujar beliau.
Malah, beliau turut merasai nasib yang menimpa kakitangan syarikat berusia 80 tahun itu.
"Perkara ini berlaku kerana notis terlalu singkat dan terlalu pantas seperti hal cemas. Bagi saya itu tidak sepatutnya berlaku . Perkara ini berlaku semalam (9 Oktober), sebab dari Ogos lagi sudah dibincangkan. Namun apabila beri notis secara mendadak, ia suatu yang menyedihkan," katanya lagi.
Namun, Ku Seman berbangga dengan semangat yang ditunjukkan kakitangan yang masih tekun bekerja walaupun tidak bergaji.
"Semasa saya berhenti saya masih bergaji. Dalam keadaan selesa. Namun komitmen kawan-kawan saya yang ada sampai saat akhir adalah satu komitmen sangat-sangat tinggi. Menumpukan kepada tugas tanpa menghiraukan imbuhan dan gaji tetapi tugas dilakukan dengan sempurna mungkin, itu yang luar biasa," jelas Ku Seman.
Kata Ku Seman lagi, Utusan bukan sekadar tempat untuk bekerja tetapi juga menjadi platform untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
"Pada mulanya saya bekerja di Utusan untuk makan gaji. Lepas itu apabila naik satu tahap, kita perlu membuat sesuatu yang lebih daripada makan gaji.
"Di Utusan saya rasa bukan tempat untuk cari makan sahaja tetapi juga untuk kita menyumbang kepada benda-benda lain. Contohnya menyumbang kepada masyarakat," tambahnya.
Malah, semangat 'gagasan Utusan' itulah yang menjadikan sesetengah kakitangannya masih setia sehingga ke hari akhir penutupan syarikat itu.
"Saya fikir Utusan mempunyai anak-anak Utusan yang memahami gagasan Utusan awal. Gagasan dari awal iaitu dari tahun 1939 hingga sekarang. Mungkin setengah itu boleh bekerja di tempat lain namun ada setengah itu yang nak kerja di Utusan juga. 10 tahun lepas ada juga peluang untuk berpindah di tempat lain, tetapi saya tetap mahu bekerja di Utusan," kata beliau.
Ku Seman mula berkhidmat dengan Utusan sejak 1984 dan meninggalkan syarikat berkenaan pada 2016.
Beliau sehingga kini masih berada dalam bidang kewartawanan dan membuka portal berita kuseman.com.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Malaysia
#Media
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan