SEREMBAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata pengesanan penyakit itu, hasil pengesahan sampel ke atas dua ekor daripada 275 ekor babi di ladang tidak berlesen itu, semalam.
Beliau berkata JPVNS mengambil langkah awal dan proaktif dengan menyita kawasan tersebut, selain anggota polis dan petugas jabatan itu turut membantu meningkatkan pemantauan sekitar lima kilometer dari lokasi berkenaan, bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk ternakan.
"Pihak kami menerima maklumat mengenai penyakit itu pada Khamis lepas, sebelum JPVNS bertindak mengambil sampel pada dua haiwan tersebut dan keputusan yang diterima pada petang semalam mendapati ia positif ASF.
"Kita tidak mendapat kerjasama daripada penternak di ladang tersebut berhubung bagaimana haiwan itu dijangkiti, tetapi menerusi maklumat yang tidak dapat disahkan lagi, jangkitan kemungkinan susulan kemasukan haiwan berkenaan dari Perak dan siasatan masih dijalankan," katanya.
Menurut Bakri semua ternakan tersebut akan dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan, selain penternak terlibat berdepan tindakan undang-undang kerana sebelum ini notis telah diberikan kepada kira-kira 20 ladang ternakan haiwan tersebut, supaya menghentikan pengoperasian sebab tidak berlesen.
"Penternak di kawasan itu sepatutnya mengambil pengajaran daripada kes virus Nipah yang pernah menjangkiti ternakan babi, sehingga menyebabkan lebih 100 kematian penduduk pada 1999.
"Bagi pembeli, mereka juga dinasihatkan lebih berwaspada sekiranya mendapat tawaran harga rendah bagi penjualan daging babi di mana-mana pasar raya dan pasar," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah JPVNS Dr Redzuan Ibrahim menjelaskan ASF tidak menjangkiti manusia dan jangkitan hanya terhad dalam kalangan spesies haiwan itu sahaja.
"ASF berbeza dengan virus Nipah, namun kadar merebaknya sangat cepat dan memudaratkan kepada ternakan babi yang lain. Jangkitan ini boleh dibawa daripada lalat atau anggota badan babi yang dijangkiti ASF.
"Apabila ternakan yang sakit ini disembelih, daging dan darahnya boleh merebak ke ladang-ladang yang lain. Selain itu juga ia boleh menyebabkan kematian yang tinggi dalam kalangan haiwan itu sekitar 70 hingga 80 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson. - Gambar hiasan

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki didakwa bunuh wanita baru dikenali menerusi aplikasi sembang
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang baru dikenalinya melalui aplikasi sembang awal bulan lalu.

'Babi hilang': Kerajaan Negeri Sembilan ambil tindakan undang-undang
Kerajaan negeri khuatir haiwan yang dibawa keluar itu akan mencetuskan jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) ke negeri lain.

2,000 ekor babi berhampiran ladang dijangkiti Demam Babi Afrika 'hilang'
2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu.

Kerajaan N.Sembilan perketat pemantauan ladang babi cegah ASF
Tiada kes terbaharu wabak itu dikesan selepas 273 ekor babi yang dijangkiti penyakit itu dilupuskan pada 13 April lepas.

Lebih 3,000 babi komersil di Perak dijangkiti ASF - Exco
Razman berkata, penyakit ASF itu dikesan di daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Penyakit Demam Babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.

P. Pinang lulus pewartaan Perintah Kawalan Penyakit ASF
Pewartaan itu diluluskan dalam Mesyuarat Exco semalam selepas mengambil kira beberapa faktor berkaitan ASF.

'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menggesa amalan pemberian makanan menggunakan sisa dapur dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) jadi punca jangkitan ASF.

Laksanakan 'PKP' terhadap babi, kawal wabak ASF
"Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja."

Penampang jadi daerah ke-20 diisytihar kawasan wabak ASF
Penampang menjadi daerah ke-20 yang disyitiharkan kawasan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.