NATIONAL
Penyakit kusta di dua perkampungan Orang Asli di Kuala Pilah terkawal

Tengku Zamrah (foto) berkata program itu telah dijalankan di sembilan lokaliti di negeri ini termasuk lima lokaliti perkampungan Orang Asli pada tahun lepas. -Gambar fail
SEREMBAN: Situasi penyakit kusta di Kuala Pilah melibatkan dua perkampungan Orang Asli Chergun dan Guntur dalam keadaan terkawal, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
Ringkasan AI
- Situasi penyakit kusta di Kuala Pilah terkawal dengan saringan dan rawatan susulan oleh PKD.
- Program LaKAR meningkatkan aktiviti saringan kusta di sembilan lokaliti termasuk lima perkampungan Orang Asli.
- Kesedaran penyakit kusta diberikan kepada pelajar sekolah melalui ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan berjadual.
"Menerusi program ini, saringan penyakit kusta dilaksanakan melibatkan institusi, perkampungan, dan tempat kerja. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa menjalinkan kerjasama dengan JKNNS dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi membendung penyakit ini daripada terus merebak.
"Buat masa ini, PKD telah melakukan saringan ke atas penduduk kampung dan rawatan susulan terhadap pesakit kusta sentiasa dilaksanakan. Keadaan di kampung berkenaan pada masa ini adalah terkawal," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Puan Sri Bibi Sharizah (BN-Juaseh) mengenai usaha kerajaan negeri dalam memastikan penghapusan penyakit kusta secara total, khususnya dalam kalangan komuniti Orang Asli dan penduduk kampung berdekatan.
Dalam pada itu, Tengku Zamrah (PH-Ampangan) berkata pihaknya juga memberi kesedaran penyakit kusta kepada pelajar sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri menerusi aktiviti ceramah kesihatan khususnya berkaitan penyakit kusta di sekolah.
"Aktiviti saringan dan pemeriksaan kesihatan ini turut dilaksanakan secara berjadual melibatkan pelajar prasekolah, Tahun Satu sehingga Tahun Enam di semua sekolah kerajaan dan setakat tahun lepas tiada jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah dikesan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pengawasan terhadap semua pesakit kusta yang telah tamat rawatan selama lima hingga 10 tahun.
"Ini termasuk semua kontak kepada kes kusta yang dikenal pasti akan disaring dan diberikan satu dos ubat antibiotik profilaksis (pencegahan) serta dipantau hingga lima tahun," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami