KABUL: Sekurang-kurangnya 21 kematian akibat penyakit misteri dicatatkan di Afghanistan.
Media tempatan melaporkan kesemua kes tersebut direkodkan di kawasan pergunungan Wakhan di timur laut negara itu yang bersempadan dengan Tajikistan dan Pakistan.
Susulan itu, ketua kesihatan telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti penyakit berkenaan.
Sementara itu, Afghanistan Times mendakwa penyakit misteri itu dikatakan mempunyai persamaan seperti COVID-19.
"Korban pertama dilaporkan kira-kira dua minggu lalu," jelas laporan itu lagi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Kyrgyzstan yang tidak bersempadan dengan Kabul telah menghantar wakil ke wilayah yang kurang berpopulasi itu kerana bimbang ia mungkin akan merebak ke kawasan lain.
Kemunculan penyakit misteri itu didedahkan selepas sekurang-kurangnya 50 kanak-kanak meninggal dunia di wilayah Baghlan dalam tempoh sebulan akibat jangkitan pernafasan.
Menurut laporan Bakhtar News Agency pada minggu lalu, jurucakap Hospital Baghlan mengesahkan 1,000 kanak-kanak mengalami masalah sama.
Pada November lalu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang menyokong 33 hospital di seluruh Kabul juga mendedahkan jumlah kanak-kanak dirawat akibat radang paru-paru meningkat lebih 50 peratus pada 2022 berbanding tahun sebelumnya.
Data rasmi menunjukkan kes tersebut melonjak sebanyak 35 peratus dalam tempoh setahun kepada 213,049 kes pada 2022.
Baru-baru ini, Afghanistan telah dilanda wabak kolera dan polio.
Ketua kesihatan Britain turut memantau kes demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) yang disebarkan melalui kutu dan boleh menyebabkan kematian sehingga 40 peratus kes. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023

Lembah Wakhan adalah sebuah wilayah yang kurang berpopulasi di timur laut Afghanistan. -Foto Agensi

Hanya 10 peratus tiket umrah dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia.

Kedah terima peruntukan RM15 juta naik taraf jeti di Langkawi
Kerajaan negeri Kedah menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerima peruntukan RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba.

Polis Kelantan rampas dua pistol dalam dua serbuan di Pasir Mas
Sepucuk pistol miliki lelaki tempatan, sementara sepucuk lagi daripada warga Thailand yang masuk ke Malaysia secara haram.

Rashidi Ishak akhiri zaman duda, selamat bernikah dengan penerbit drama?
Pelakon Rashidi Ishak difahamkan selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah sebuah drama popular iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.

AWANI Ringkas: PM tegaskan tiada campur tangan kerajaan dalam siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.

Reka Bentuk Baharu | Australia ganti ilustrasi Raja dari wang kertas 5 dolar
Australia akan menggantikan ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas 5 dolar Australia, dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu. Menurut Bank Pusat, Reserve Bank Of Australia (RBA), dengan keputusan itu, ia bermakna tiada lagi ilustrasi raja akan berada dalam mata wang kertas Australia.

Dua bulan hilang, kakak rayu gadis pulang ke pangkuan keluarga
Nur Hannah Khalisa Mohd Khalid dirayu kembali ke rumah mereka, keluarga sudah buntu mencarinya.

Ubah suai lori sawit taktik seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dilakukan ketika dua individu sedang leka isi minyak diesel di sebuah stesen di Juru, Pulau Pinang.

Pertumbuhan Ekonomi | Malaysia dijangka jadi paling lemah antara negara ASEAN
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi paling lemah antara negara asean tahun ini. Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, jangkaan ini dibuat berdasarkan asas dan statistik yang tinggi. Namun Bank Islam Malaysia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berhadapan risiko luaran dengan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Penyakit misteri' ragut 21 nyawa di Afghanistan
Kemunculan penyakit misteri itu didedahkan selepas sekurang-kurangnya 50 kanak-kanak meninggal dunia di wilayah Baghlan dalam tempoh sebulan akibat jangkitan pernafasan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

24 maut akibat musim sejuk di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 24 orang mati kesejukan termasuk empat kanak-kanak di pelbagai wilayah di Afghanistan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Tolo news pada Isnin.

Taliban lancar 'supercar' pertama buatan Afghanistan
Keupayaannya untuk beraksi di jalan raya masih tidak dapat dipastikan berikutan ENTOP tidak mengeluarkan sebarang data tentang prestasinya.

Pegawai kanan Taliban kecam Putera Harry
Duke of Sussex itu turut dengan bangga menceritakan pengalaman ketika terlibat operasi memerangi Taliban antara 2007 dan 2013.

Mengaku bunuh 25 orang di Afghanistan, pengakuan Putera Harry 'bocor' lebih awal
Harry turut mendakwa dia pernah diserang secara fizikal oleh abangnya, Putera William.

Beberapa maut letupan di Kabul
Satu letupan menggegarkan Kabul, ibu negara Afghanistan pada Ahad, menyebabkan beberapa orang terkorban.

PBB gantung beberapa program selepas Afghanistan larang wanita bekerja
Melarang wanita daripada melakukan kerja-kerja kemanusiaan di Afghanistan "mendatangkan kesan yang mengancam nyawa serta-merta bagi semua warga Afghanistan".

Kami dilayan lebih teruk daripada haiwan - Remaja Afghanistan
Remaja yang tidak mendedahkan namanya itu memberitahu dia sepatutnya mendaftar kemasukan ke universiti di Afghanistan tidak lama lagi.