PETALING JAYA: Seorang vokalis sebuah kumpulan terkenal tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.53 pagi Jumaat, untuk didakwa atas pertuduhan memukul bekas isterinya, Selasa lalu.
Dia sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.
Lelaki berusia 45 tahun itu tiba di mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna biru gelap, dalam keadaan bergari serta diiringi anggota polis.
Pada Khamis, penyanyi itu direman dua hari kerana disyaki memukul bekas isterinya hanya kerana enggan bergambar di kawasan parkir di sebuah kediaman di Kota Damansara.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediaman tersebut.
Siasatan awal mendapati kejadian pada jam 2.29 petang, wanita berusia 27 tahun itu datang ke kediaman tersebut untuk mengambil anak lelakinya.
Perselisihan faham berlaku apabila mangsa enggan bergambar bersama suspek.
Suspek kemudiannya telah memarahi dan memukul badan mangsa sehingga menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badannya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 22 2022

Seorang vokalis sebuah kumpulan terkenal tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.53 pagi Jumaat, untuk didakwa atas pertuduhan memukul bekas isterinya, Selasa lalu. -Foto Sinar Harian

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Jumlah kes keganasan rumah tangga turun kepada 576 - Siti Zailah
Dalam tempoh sama juga kes keganasan rumah tangga di Sabah menunjukkan peningkatan kepada 145 kes tahun ini berbanding 126 kes tahun lepas.

'Aidilfitri sayu tanpa Jahidah yang dulu'
Tidak pernah putus harapan untuk melihat Jahidah sembuh atau sekurang-kurangnya dia boleh bercakap semula.

Penyanyi disyaki pukul bekas isteri tiba di mahkamah untuk didakwa
Penyanyi disyaki pukul bekas isteri tiba di mahkamah untuk didakwa

PDRM ambil tindakan anggota enggan terima laporan keganasan rumah tangga
Polis minta KPWKM dan mana-mana pihak yang terkesan berkenaan isu tersebut tampil serta memberikan maklumat yang lebih terperinci.

KPWKM maklum sesetengah polis enggan terima laporan keganasan rumah tangga
Rina Harun menasihatkan mangsa untuk segera ke hospital dan mendapatkan laporan perubatan.

Wanita ditindas perlu berani tampil lapor untuk dibantu - Kalsom
Ini bagi membolehkan mereka dibantu, supaya tidak terus ditindas dan keluar daripada belenggu masalah itu.

Jahidah positif COVID-19
Pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada petang Rabu.

Perdana Menteri Peru letak jawatan selepas beberapa hari memegang jawatan
Katanya, dakwaan penderaan yang disebarkan media, adalah berdasarkan fakta palsu.

Jahidah sudah dibenarkan pulang
Jahidah bagaimanapun terpaksa ditahan di wad kerana luka pembedahannya masih belum kering dan memerlukan pemantauan doktor.