awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal

Bernama
Bernama
20/06/2024
06:45 MYT
Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Aiman Athirah ditemui media pada Program Ibadah Korban Sentuhan Kasih P113 Sepang hari ini. - Foto Bernama
CYBERJAYA: Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu.
Beliau berkata hal ini kerana pemantauan berkesan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tiada pihak yang sewenang-wenangnya menaikkan harga atau kos khidmat pengurusan.
"Harga rumah setakat ini tiada kenaikan apa-apa. Rumah mampu milik (harga) masih kekal bawah RM300,000," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Ibadah Korban Sentuhan Kasih Parlimen Sepang bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tahun 2024 di sini hari ini.
Aiman Athirah berkata kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga barangan bagi sektor pembinaan tidak akan terkesan berikutan ia dalam kawalan.
Turut hadir pada program ibadah korban itu, Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad.
Sementara itu, Nor Hisham berkata ibadah korban tahun ini yang membabitkan 33 lembu dan empat kambing merupakan ibadah terbesar dilaksanakan JBPM.
"Penekanan utama (korban) adalah kesediaan pegawai dan anggota berkorban dalam ibadah dan kebersamaan dalam program yang perlu dihayati semangat itu," katanya.
Nor Hisham berkata 1,000 orang terlibat dalam ibadah korban termasuk 250 anggota JBPM dan 50 pegawai KPKT manakala 1,000 pek daging korban akan diagihkan termasuk 600 pek kepada golongan asnaf.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga rumah mampu milik kekal
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#Aiman Athirah Sabu
#Penyasaran subsidi diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan