awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyasaran subsidi T15: 'Saya bukan Robin Hood' - Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/11/2024
08:38 MYT
Penyasaran subsidi T15: 'Saya bukan Robin Hood' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau adalah 'Robin Hood' apabila didakwa cuba 'mencuri' daripada golongan kaya kerana memperkenalkan rasionalisasi subsidi kepada kumpulan T15 dalam Belanjawan 2025.
Bercakap pada Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Perdana Menteri menegaskan dasar yang dilaksanakan bertujuan memastikan kecekapan pengagihan subsidi dan bertindak adil dalam membantu golongan berpendapatan rendah.
"Kita tidak mahu mencukaikan orang ramai. Jadi kita kenakan cukai yang sedikit dan kita tarik subsidi daripada orang kaya. Itu dilihat falsafah ekonomi 'Robin Hood' iaitu ambil daripada yang kaya dan bagi kepada orang miskin.
"Ia bukan Robin Hood tetapi tarik subsidi sahaja (daripada orang kaya)," katanya di sini pada Jumaat.
Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.
Menjelaskan lagi, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia adalah antara beberapa negara di dunia yang mempunyai subsidi tertinggi, selain mengenakan kadar cukai yang rendah.
"Jadi kita berikan subsidi kepada semua orang. Boleh anda bayangkan elektrik sebelum kita laksanakan program rasionalisasi subsidi. Orang kaya di negara ini dapat subsidi," tambah beliau.
Sementara itu menjawab pertanyaan berhubung kecerdasan buatan (AI), Anwar berkata penggunaan teknologi itu boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam pembelajaran tanpa para pelajar meninggalkan budaya membaca.
“Anda boleh bergantung (pada AI). Cuma jangan tinggalkan yang asas. Anda perlu membaca, belajar dan berfikiran kritis baru boleh memanfaatkan AI dengan sebaiknya.
"Kebergantungan keterlaluan kepada AI (menyebabkan) kita tak baca lagi dah (buku) dan (cari) semua jawapan di Google," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#subsidi minyak
#Robin Hood
#kumpulan T15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan