KUALA LUMPUR: Pas negeri Selangor menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas keprihatinan untuk membendung umat Islam daripada budaya songsang lesbian, gay bisexual dan transgender (LGBT) serta konsep negara sekular.
Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi, parti itu konsisten berpegang dengan kemuliaan dan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan negara.
"Penyebaran bahan-bahan yang mempromosi LGBT dan konsep negara sekular seperti fahaman komunis oleh pihak-pihak tertentu mestilah diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa di negara ini.
"Peruntukan mengadakan latihan dan meningkatkan kecekapan sistem perundangan syariah oleh pihak kerajaan Persekutuan juga amat wajar bagi memajukan lagi pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri, seterusnya mengekang budaya songsang LGBT dan fahaman komunis daripada terus tumbuh di negeri Selangor khususnya.
"Pas Selangor juga menegaskan bahawa dialog antara agama juga perlu digerakkan semula bagi membugar semangat toleransi dan mencapai kesepakatan dalam menolak budaya songsang LGBT dan fahaman komunis daripada terus membarah dalam masyarakat di negara ini, " kata Ahmad Yunus dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Semalam sempena Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Kali Ke-69 di Istana Melawati, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin memuji pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf golongan LGBT serta konsep negara sekular.
Titah baginda, jaminan itu bertepatan waktunya untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius memelihara prinsip Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mengulas lanjut, Ahmad Yunus berkata, Pas dan rakan-rakannya di Selangor komited mendukung budaya politik matang dan sejahtera dan akan terus berkerja memartabatkan agama Islam dan seterusnya mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran di negeri Selangor khususnya.
Afiezy Azaman
Tue Mar 07 2023
Datuk Ahmad Yunus Hairi berkata, Pas konsisten berpegang dengan kemuliaan dan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan negara. - Gambar fail BERNAMA
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
PRN: Pas Selangor tak mahu dabik dada - Nushi
Nushi Mahfodz berkata pihaknya menjangkakan tiga kerusi setakat ini dikategorikan sebagai 'kelabu', tetapi enggan mendedahkan kawasan berkenaan.
PN perkenal pra slogan 'Selangor Baharu' hadapi PRN
Roslan berkata, perkara itu telah dibincangkan parti itu dengan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.
Dakwaan keluasan Tanah Rizab Melayu Selangor menurun adalah fitnah
Juwairiya berkata, keluasan tanah rizab Melayu Selangor berjumlah 160,233.86 hektar (395,946.50 ekar) pada tahun 2013.
Penyebaran bahan promosi LGBT, negara sekular perlu diambil tindakan - Pas Selangor
Pas Selangor sambut baik titah Sultan Sharafuddin atas keprihatinan membendung umat Islam daripada budaya songsang LGBT serta konsep negara sekular.
PRU15: Pas Selangor juga mahu guna logo 'bulan'
Pas Selangor menjadi negeri terbaharu mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mengesahkan beliau dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya untuk mendengar titah baginda.
Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.
Pas kekal dalam kerajaan Selangor hingga bubar DUN
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan mandat yang diberikan akan diteruskan sehingga DUN dibubarkan.
Tiada perbincangan di antara Pas dan DAP mengenai kerusi di Selangor - Iskandar
Iskandar berkata pihaknya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan DAP berhubung hasrat DAP ingin bertanding di lapan kerusi DUN milik Pas negeri itu pada PRU akan datang.