awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyebaran dokumen Nota Diplomatik bukan berpunca daripada pihak dalaman - Wisma Putra

Bernama
Bernama
23/02/2024
15:48 MYT
Penyebaran dokumen Nota Diplomatik bukan berpunca daripada pihak dalaman - Wisma Putra
Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan dan kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri memandang serius dan amat kesal berikutan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit bertarikh 23 Sept 2023 dan hasil siasatan dalaman mendapati bahawa penyebaran itu bukan berpunca daripada pihak dalaman.
Penyebaran dokumen berkenaan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat berhubung penyebaran dokumen diplomatik yang diterima oleh Kedutaan Malaysia di Rabat, Maghribi, menekankan kepentingan memelihara kerahsiaan komunikasi diplomatik dengan negara-negara sahabat dan rakan-rakan antarabangsa lain.
"Kementerian Luar telah memberikan penjelasan berhubung perkara itu kepada negara sahabat berkenaan dan menyatakan kekesalan di atas perkembangan ini," menurut kenyataan berkenaan.
Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan dan kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan.
Mengambil kira implikasi negatif kepada keyakinan dan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap imej dan integriti Malaysia, Wisma Putra menggesa supaya tindakan penyebaran dokumen berkenaan dihentikan serta-merta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Nota Diplomatik
#komuniti antarabangsa
#komunikasi diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan