MALAYSIA
Penyebaran maklumat sulit ATM: Mindef buat laporan polis - Khaled Nordin
Mohamed Khaled membuat tinjauan pada Majlis Perasmian SASar Residensi @ Sungai Besi pada Isnin. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) mengesahkan telah membuat laporan polis susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ringkasan AI
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih menyeluruh.
“Keputusan-keputusan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam ATM perlu dibincang di peringkat Majlis Angkatan Tentera (dan) tanggungjawabnya hanya mengesyorkan nama.
"(Yang mana) bagi setiap jawatan yang dibincangkan, biasanya dua atau tiga nama akan dicadangkan.
“Namun sebelum perkara itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia telahpun disebarkan kepada khalayak ramai," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian SASar Residensi @ Sungai Besi pada Isnin.
Tambah Khaled Nordin, maklumat yang tersebar hanya meletakkan satu nama, seolah-olah itulah calon muktamad.
Semalam, Astro AWANI melaporkan bahawa Mindef tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat menularkan maklumat berkaitan urusan perjawatan strategik ATM di media sosial.
Tindakan menularkan senarai nama pegawai kanan ATM dianggap satu bentuk salah laku yang jelas mencabar kredibiliti sistem pengurusan pertahanan negara.
Mohamed Khaled menambah, perkara itu bersifat sangat sulit dan biasanya tidak didedahkan bagi memastikan keselamatan negara dan rahsia operasi tidak terdedah.
"We never tell the public sebab kita ada banyak musuh dalam tentera ini... antara negara, kita sentiasa perhati antara satu sama lain.
"(Sebagai contoh) siapa yang terlibat dalam ground forces antara Thailand dengan Kemboja... dalam negara kita pun, banyak pihak nak tahu siapa jaga di Kuantan, siapa jaga Gerik dan sebagainya," ujarnya lagi.
Ringkasan AI
- Mindef membuat laporan polis susulan penyebaran maklumat perjawatan strategik ATM.
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ambil tindakan bagi siasatan menyeluruh dan tegaskan keputusan dibuat sebelum kelulusan Yang di-Pertuan Agong.
- Mindef akan ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar maklumat perjawatan strategik ATM di media sosial yang boleh mencabar kredibiliti sistem pertahanan negara.