awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyedia platform media sosial tak terima arahan daripada kerajaan - Nie Ching

Bernama
Bernama
27/02/2024
07:30 MYT
Penyedia platform media sosial tak terima arahan daripada kerajaan -  Nie Ching
Nie Ching berkata, penyedia platform media sosial mempunyai garis panduan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan menurunkan kandungan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyedia platform media sosial akan membuat penilaian sendiri dan tidak menerima sebarang arahan daripada kerajaan untuk menurunkan mana-mana kandungan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Mengikut prosedur, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengemukakan permintaan kepada penyedia platform seperti Facebook, Tiktok dan X apabila menerima laporan berhubung kandungan sensitif di media sosial.
Bagaimanapun, menurutnya penyedia platform media sosial mempunyai garis panduan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan menurunkan kandungan.
"Mereka (penyedia platform) akhirnya akan membuat keputusan sendiri sama ada mereka setuju dengan pandangan MCMC dan kerajaan.
"Sekiranya sesuatu kandungan diturunkan oleh platform tersebut, bermakna platform itu juga setuju dengan penilaian, judgement dan permintaan daripada kerajaan. Sebenarnya ada juga permintaan daripada kerajaan yang ditolak oleh mereka," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai dakwaan kerajaan menurunkan kandungan di media sosial kerana takut dengan kritikan daripada rakyat.
Teo berkata pada tahun lepas, 7,000 kandungan media sosial yang mempunyai ucapan kebencian berkaitan isu 3R (bangsa, agama dan raja) dan berita palsu telah diturunkan, berbanding 271 kandungan pada 2022 dan 170 pada 2021.
Selain itu beliau berkata program Klik Dengan Bijak adalah antara usaha Kementerian Komunikasi untuk mendidik generasi cekap digital dan beretika dengan 569 program telah dianjurkan pada 2023 di seluruh negara.
Antara usaha advokasi lain untuk masyarakat menyemak fakta adalah menerusi portal SEBENARNYA.MY oleh MCMC dan MyCheck Malaysia oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memerangi penyebaran maklumat palsu dan salah maklumat dalam media sosial yang semakin meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teo Nie Ching
#media sosial
#turun kandungan
#arahan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan