PASIR GUDANG: Satu panggilan suara yang tidak diduga daripada salah seorang penyelam warga asing yang hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing menggunakan aplikasi Facebook pada pagi Khamis lepas telah memberikan kelegaan kepada seorang warga Britain, Richard Wills.
Wills, 29, yang merupakan rakan kepada jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, berkata beliau menerima panggilan itu kira-kira pukul 9.16 pagi iaitu sehari selepas Grodem dan tiga lagi penyelam, Adrian Peter Chesters, 46, warga Britain dan anak lelakinya Nathen Renze, 14, warga Belanda dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18, dilaporkan hilang.
"Saya sedang memandu ke Mersing pada masa itu, dan saya telah membrek apabila saya nampak nama beliau di telefon. Cuba bayangkan, ketika anda dalam keadaan hilang kawan tersayang, tiba-tiba terpapar di skrin telefon bimbit bahawa orang itu sedang menelefon anda.
"Saya berada di kawasan dengan talian yang teruk, jadi saya memandu disekitaran untuk cuba mendapatkan signal yang lebih baik. Ketika menjawab panggilan itu, saya merasa sebak, sangat lega dan bersyukur, kerana Kristine (Grodem) menghubungi saya dan saya tidak pernah gembira seperti itu apabila seseorang menelefon saya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Peter Chesters dan Alexandra Molina di Unit Rawatan Rapi (ICU), di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
BACA: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma
BACA: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Wills yang boleh berbahasa Malaysia berkata Grodem menghubunginya pada Khamis, dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.
Pengurus resort di Pulau Sibu Besar itu berkata selepas panggilan Grodem tamat, dia terus menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
"Sudah lebih lima tahun saya terlibat dengan industri pelancongan di sini dan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Saya lega kerana tiga penyelam sudah ditemui dengan selamat dan semakin pulih. Mereka alami lebam-lebam, selaran matahari dan hipertermia ringan tetapi sedang pulih," katanya sambil menambah keempat-empat penyelam menetap di resortnya sebelum mereka pergi menyelam di Pulau Tokong Sanggol.
Peter Chesters dan Alexandra Molina ditemukan selamat di selatan Pengerang, Kota Tinggi kira-kira pukul 1 pagi tadi, manakala Grodem ditemukan selamat dalam keadaan terapung, dilengkapi pakaian dan peralatan menyelam, oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi, Khamis lepas.
Op Carilamat seorang lagi penyelam, Renze ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini susulan kedudukan mangsa dipercayai berada di perairan Indonesia.
Dalam kejadian pada tengah hari Rabu lepas (6 April), empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Pengurus Sea Gypsy Village Resort, Pulau Sibu Besar Richard Wills bercakap kepada media di sebuah hospital swasta di Johor Bahru hari ini. - Foto BERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.
Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.
Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.
Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang masih hilang disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.
Penyelam hilang di Mersing: Johor minta bantuan Indonesia cari remaja
Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.
Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Insiden penyelam warga asing yang hilang emasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu mengejutkan banyak pihak.
Pencarian penyelam hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia, Indonesia sambung operasi
Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini.
Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.
Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.
Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.