MALAYSIA

Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026

Bernama 02/01/2026 | 14:16 MYT
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan, sekali gus mengesahkan tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.


Ringkasan AI
  • Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dalam kajian untuk sesi persekolahan 2026 tanpa sebarang perubahan.
  • Ketua Pengarah Pendidikan menyatakan keputusan terakhir akan dibuat selepas penelitian menyeluruh untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.
  • Penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan menggalakkan kebersamaan di kalangan murid dan membantu ibu bapa mengurangkan beban kewangan untuk persediaan persekolahan.


Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.

"Kementerian Pendidikan memberi jaminan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Selain itu, beliau berkata cadangan itu dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa.

-- BERNAMA

#Mohd Azam Ahmad #peringkat kajian #Kementerian Pendidikan #sesi persekolahan 2026