awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelarasan proses kerja statistik tumpuan Mesyuarat Tertinggi Majlis Statistik dan Data Negara

Bernama
Bernama
17/07/2023
12:15 MYT
Penyelarasan proses kerja statistik tumpuan Mesyuarat Tertinggi Majlis Statistik dan Data Negara
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan mesyuarat berkenaan antara lain memberi tumpuan kepada pelbagai aspek tadbir urus. - Foto Facebook/Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR: Penyelarasan proses kerja statistik merentas aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi tujuan mencapai matlamat pembangunan di peringkat negara dan Matlamat Pembangunan Mampan, antara tumpuan Mesyuarat Tertinggi Majlis Statistik dan Data Negara Bilangan 1 Tahun 2023.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau memaklumkan mesyuarat berkenaan yang dipengerusikannya di Bangunan Perdana Putra hari ini antara lain memberi tumpuan kepada pelbagai aspek tadbir urus.
"Ini termasuk pelaksanaan dasar dan strategi yang berkesan untuk menyelaras maklumat di peringkat nasional untuk kedua-dua sektor awam dan swasta, serta penyaluran data terkini," menurut hantaran itu.
Turut hadir di mesyuarat itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Tertinggi Majlis Statistik dan Data Negara
#penyelarasan proses kerja statistik
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan