MALAYSIA
Penyelenggaraan bersepadu SOGT ditunda ke tarikh akan ditentukan - ECoS
Abdul Nasser berkata langkah berkenaan juga bertujuan memastikan pengguna di Sabah dan Labuan tidak terkesan akibat catuan bekalan elektrik. - Gambar ecos.gov.my
KOTA KINABALU: Penyelenggaraan bersepadu di Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) yang dirancang untuk dilaksanakan bermula Selasa ini ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid.
Beliau berkata penangguhan itu setelah mengambil kira situasi terkini grid elektrik Sabah dan penjana tenaga bebas (IPP) terlibat.
Abdul Nasser berkata langkah berkenaan juga bertujuan memastikan pengguna di Sabah dan Labuan tidak terkesan akibat catuan bekalan elektrik.
"Penangguhan juga mengambil kira keperluan masa tambahan untuk penyiapan ujian bagi sebahagian unit janakuasa IPP di Kimanis menggunakan bahan api alternatif diesel, di samping kerja-kerja pembaikan loji janakuasa yang lain milik Sabah Electricity (SE) dan IPP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keputusan dicapai setelah pihaknya meneliti risiko gangguan bekalan elektrik grid itu dan impak penangguhan kerja penyelenggaraan di SOGT.
SE sebelum ini memaklumkan SOGT merancang untuk melaksanakan penyelengaraan bersepadu pada 1 hingga 7 Ogos, sebelum ditunda ke 5 hingga 11 Ogos ini, dan kini ke satu tarikh diumumkan kemudian.
Menurut SE, load shedding atau penyisihan beban akan dilaksanakan di Sabah dan Labuan berikutan kerja-kerja itu dan dijangka memberi kesan kepada lebih 600,000 isi rumah.
-- BERNAMA