awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelenggaraan gudang makanan sejuk beku cetus pencemaran bau

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/05/2023
07:14 MYT
Penyelenggaraan gudang makanan sejuk beku cetus pencemaran bau
Siasatan di lokasi lokasi kejadian telah mengesan bau disyaki amonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kerja-kerja penyelenggaraan sebuah gudang menempatkan makanan sejuk beku di Jalan Sungai Rasau telah menjadi punca tercetusnya bau busuk di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan pasukan Hazmat mendapati, bau berkenaan dipercayai berpunca daripada amonia di longkang berhampiran.
Menurut Mohd Iqbal, pihaknya menerima laporan oleh orang awam sekitar jam 11.30 malam Ahad.
“Siasatan di lokasi tempat kejadian bersama pasukan Hazmat Bomba Selangor telah mengesan bau disyaki amonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku.
“Pihak pengurusan gudang mengatakan pihak gudang menjalankan kerja penyelenggaraan berkala seperti yang dijadualkan tetapi tidak menyedari terdapat takungan berlaku di sistem perparitan yang sepatutnya tidak berlaku sehingga menyebabkan pencemaran bau,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Setakat ini, bomba juga telah menjalankan kerja-kerja pengaliran air bagi memastikan sisa gudang tidak bertakung selain memastikan kadar bacaan kembali pada paras selamat.
Topic Berkaitan
#pencemaran bau
#Ketua Polis Daerah Shah Alam
#Sungai Rasau
#gudang makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan