awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelenggaraan malam Aerotren KLIA bukan waktu puncak mulai 18 Ogos

Bernama
Bernama
15/08/2025
20:00 MYT
Penyelenggaraan malam Aerotren KLIA bukan waktu puncak mulai 18 Ogos
MAHB berkata, kerja penyelenggaraan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan prestasi sistem berkenaan. - Gambar fail/Alstom
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalankan kerja penyelenggaraan malam yang dijadualkan pada sistem Aerotren selama dua minggu bermula 18 Ogos.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kerja penyelenggaraan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan prestasi sistem berkenaan.
Katanya, ia akan dijalankan pada bukan waktu puncak iaitu dari 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari bagi mengurangkan impak kepada penumpang.
"Sepanjang tempoh ini, perkhidmatan Aerotren akan dihentikan sementara dan bas ulang-alik di kawasan penerbangan akan disediakan bagi memastikan ketersambungan lancar di antara bangunan terminal utama dengan bangunan satelit," menurut kenyataan berkenaan.
Sehubungan itu, pengendali lapangan terbang itu menasihatkan para penumpang yang melalui waktu tersebut supaya mengikuti papan tanda lapangan terbang dan arahan daripada kakitangan di lapangan.
Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata MAHB sedang mengambil langkah proaktif dengan memperhalusi sistem Aerotren berdasarkan data masa nyata dan maklumat berterusan yang dikumpul sejak pelancarannya.
"Kerja yang dijadualkan ini penting bagi memastikan sistem beroperasi dengan responsif yang optimum, keselamatan dan kebolehpercayaan jangka panjang," katanya.
Beliau berkata, KLIA juga sedang melabur dalam penambahbaikan teknikal lain seperti loji pencucian kenderaan automatik (AVWP) dengan AVWP baharu akan dioperasikan di atas landasan.
Jelasnya, pengoperasian AVWP baharu ini menandakan yang pertama untuk Aerotren KLIA bagi menggantikan kaedah pencucian manual sebelum ini.
"Penambahbaikan berterusan ini mencerminkan pendekatan kami yang proaktif dalam penyelenggaraan infrastruktur dan kualiti perkhidmatan.
"Kesemua inisiatif ini menegaskan tekad kami untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lancar dan boleh dipercayai di KLIA," katanya.
Sejak operasi bermula pada 1 Julai, Aerotren mengangkut lebih dua juta penumpang, mencatatkan lebih 1,100 jam perkhidmatan dan melengkapkan 18,800 perjalanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#KLIA
#aerotrain
#bangunan satelit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan