awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelenggaraan telaga minyak: MOGS-Schlumberger jalankan IWS bagi jimatkan kos

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/03/2021
04:28 MYT
Penyelenggaraan telaga minyak: MOGS-Schlumberger jalankan IWS bagi jimatkan kos
Majlis menandatangani MoU berlangsung pada Jumaat secara maya.
KUALA LUMPUR: Mulk Oil & Gas Synergy Sdn Bhd (MOGS) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Schlumberger Malaysia Sdn Bhd sebagai persiapan untuk melaksanakan kempen Integrasi Penyelenggaraan Telaga Minyak (IWS).
Di bawah perjanjian itu, Schlumberger akan menyediakan MOGS dengan sokongan teknikal dan teknologi, terutamanya dengan Pengoptimuman Portofolio Telaga Minyak, yang akan membolehkan MOGS mengutamakan dan mempercepatkan operasi penyelenggaraan telaga minyak lama.
"MOGS teruja untuk bekerjasama dengan Schlumberger dalam inisiatif ini untuk sekaligus berada dalam posisi terbaik membantu MOGS dalam merancang dan melaksanakan IWS dengan cekap.
"Saya juga yakin pelantar separa tenggelam SSR HIDAYA-01 yang akan dibina tidak lama lagi akan menjadi penyelesaian cekap kos IWS terbaik bagi MOGS-Schlumberger sekaligus menyokong, mengekalkan, dan meningkatkan pengeluaran minyak nasional," kata Pengerusi MOGS, Tan Sri Dr Aseh Che Mat.
Schlumberger yang telah bertapak di Malaysia selama 85 tahun, mempunyai pengalaman teknikal dan pengetahuan teknologi yang akan membolehkan MOGS mengkaji secara komprehensif potensi pengeluaran yang ada dan mengesyorkan penyelesaian yang optimum.
"Dalam hal ini kami membentuk satu model perniagaan di mana kami bekerjasama dari hari pertama, bermakna kami ada peluang untuk mengoptimakan keseluruhan proses bermula daripada pemilihan telaga, pemilihan langkah yang sesuai.
"Ini membolehkan kami melakukan inovasi dalam teknologi kerana seperti yang diketahui, Schlumberger dikenali dengan inovasi dan membawa teknologi baharu dalam bidang gas dan minyak," kata Pengarah Urusan Schlumberger Asia Timur, Mohsin AlHadhrami.
Majlis menandatangani MoU berlangsung pagi tadi secara maya antara Ketua Eksekutif MOGS, Azahar Mat Hasan dan Pengarah Jualan & Schlumberger Malaysia Pemasaran Aminuddin Said.
Ia disaksikan oleh Pengarah MOGS, Datuk Wira Jalilah Baba dan Pengarah Akaun Global Schlumberger, Zahris Sham Abu Musa.
Topic Berkaitan
#telaga minyak
#MoU
#minyak
#gas
#Mulk Oil & Gas Synergy Sdn Bhd
#MOGS
#Schlumberger Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan