awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelesaian lebih baik diperlukan untuk tangani hakisan di Batu Ferringhi - CAP

Bernama
Bernama
01/12/2022
10:33 MYT
Penyelesaian lebih baik diperlukan untuk tangani hakisan di Batu Ferringhi - CAP
Pegawai pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, beg-beg pasir yang digunakan sebagai benteng pemecah ombak telah memburukkan keadaan. - Bernama
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang agar mengambil langkah lebih drastik bagi menghentikan kejadian hakisan yang semakin membimbangkan berlaku di sepanjang pantai Batu Ferringhi.
Pegawai pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N.V. Subbarow berkata beg-beg pasir yang digunakan sebagai benteng pemecah ombak telah memburukkan keadaan.
"Kami mencadangkan kerajaan negeri agar menanam pokok bakau kerana ia akan membantu dalam mencegah hakisan tanah. Kami juga mahu kerajaan negeri mengkaji semula pandangan dan kebimbangan yang disuarakan penduduk di sini," katanya kepada pemberita di pantai Batu Ferringhi hari ini.
Menurut beliau tindakan meletakkan bentangan beg pasir di sepanjang pantai itu tidak membantu dalam menangani masalah itu kerana kejadian hakisan dipengaruhi oleh ombak yang lebih kuat.
Subbarow menggesa kerajaan negeri menilai semula projek berkenaan demi untuk menyelamatkan pantai yang pernah menjadi tempat pelancongan.
Sementara itu, Anuar Abd Aziz, 53, pengusaha sukan air di pantai itu berkata, timbunan beg pasir di kawasan itu menyebabkan pantai berkenaan tidak lagi popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan.
Tambahnya, beg pasir yang diletakkan di sepanjang pantai tidak membantu menghalang hakisan tetapi hanya memburukkan pemandangan pantai yang sebelum ini begitu indah.
"Beg-beg pasir yang runtuh menimbulkan keresahan dalam kalangan pengunjung pantai. Keadaan ini akhirnya akan menyebabkan banjir berlaku," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hakisan pantai
#Batu Ferringhi
#CAP
#beg pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan