awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
PRN Sabah: UMNO perkemas Akuan Bersumpah, ambil kira situasi semasa - Asyraf
DUNIA
Tentera Israel diarah tembak penerima bantuan tidak bersenjata di Gaza - Laporan
DUNIA
Israel keluarkan arahan pemindahan paksa baharu di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Penyelesaian pertikaian menerusi mediasi kunci kepada keharmonian perusahaan - Sim

Bernama
Bernama
27/06/2025
20:45 MYT
Sponsor Banner
Penyelesaian pertikaian menerusi mediasi kunci kepada keharmonian perusahaan - Sim
Sim berkata, mulai 2024, KESUMA turut bekerjasama dengan Jabatan Buruh AS untuk memperkukuh keupayaan pegawainya dalam mediasi perusahaan. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Penyelesaian pertikaian di tempat kerja menerusi mediasi mampu menjimatkan kos, masa dan seterusnya dapat mengekalkan keharmonian antara kakitangan serta majikan.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, Pegawai Perhubungan Perusahaan (IRO) di bawah kementeriannya berjaya menyelesaikan 65 peratus kes yang dirujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan setiap tahun melalui mediasi, yang mewakili lebih 3,000 kes pada tahun lepas.
"Dengan kata lain, hanya 35 peratus pertikaian diteruskan ke peringkat Mahkamah Perusahaan.
"Sekiranya setiap kes yang dibawa ke mahkamah memerlukan kos kira-kira RM20,000 bagi majikan dan pekerja, kita berpeluang menjimatkan lebih RM60 juta pada 2024 sahaja," katanya dalam ucaptama pada Simposium Mediasi Industri 2025 yang pertama kali diadakan, di sini, baru-baru ini.
Sim berkata, Jabatan Perhubungan Perusahaan menggunakan mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) sebelum sesuatu kes itu dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, terutamanya melalui mesyuarat perdamaian bagi menyelesaikan pertikaian secara baik.
Beliau berkata, pada masa ini, sebanyak 122 IRO di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berperanan sebagai pengantara untuk membantu pekerja dan majikan menyelesaikan konflik dengan cepat dan harmoni.
Sim berkata, pegawai-pegawai berkenaan menerima latihan profesional dalam bidang mediasi melalui kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Pusat Latihan Antarabangsa, Turin, Itali serta institusi lain seperti Pusat Mediasi Kuala Lumpur dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Beliau berkata, mulai 2024, KESUMA turut bekerjasama dengan Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) untuk memperkukuh keupayaan pegawainya dalam mediasi perusahaan.
Simposium sehari itu yang berlangsung pada 21 Jun telah dianjurkan oleh Persatuan Pengantara Komuniti JP Pulau Pinang (SJPCMP) dengan kerjasama Biro Mediasi JP Pulau Pinang dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KESUMA
#mediasi perusahaan
#mesyuarat perdamaian
#tempat kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami