PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya akan bermesyuarat sebanyak empat kali tahun ini bagi mencari penyelesaian kepada masalah kesesakan jalan raya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jawatankuasa Kabinet yang kali pertama bermesyuarat hari ini memutuskan beberapa penyelesaian segera dan menyeluruh membabitkan beberapa agensi termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Bagi penyelesaian menyeluruh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mensasarkan masalah diselesaikan pada 2030 tetapi kami putuskan dalam mesyuarat tadi, masalah ini mesti diselesaikan lebih awal daripada 2030.
"Kita akan letak tarikh sasaran baharu bagi penyelesaian menyeluruh dan telah meminta pihak PBT dan majlis bandaraya beberapa bandar seperti Shah Alam dan kawasan berdekatan, untuk memberi input kepada mesyuarat jawatankuasa teknikal," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada Selasa.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Jelas Ahmad Zahid, antara penyelesaian segera yang dicadangkan termasuklah koordinasi jalan raya serta pengurangan penutupan laluan yang membabitkan pembinaan, pembukaan laluan-laluan kontra khususnya pada waktu puncak dan mempergiatkan promosi berkenaan penggunaan pengangkutan awam.
Katanya lagi, jawatankuasa tersebut juga akan membincangkan dan mencari penyelesaian bagi masalah kesesakan jalan raya pada musim perayaan.
"Kita ambil kira juga masalah kesesakan pada waktu perayaan di lebuh raya, kerana kita dapat lihat seperti sambutan Aidilfitri baru-baru ini, pemberian tol percuma tidak menyelesaikan masalah," katanya.
Madiha Abdullah
Tue May 02 2023

Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa itu akan turut membincangkan dan mencari penyelesaian bagi masalah kesesakan jalan raya pada musim perayaan. - Gambar fail/Bernama
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

PDRM tubuh Team Black Mamba atasi kesesakan jalan raya
Aset melibatkan motosikal berkuasa tinggi antara yang digunakan pasukan ini dalam menjalankan tanggungjawab diberi.

Tiga laluan kontra atasi kesesakan di ibu negara
Tiga laluan kontra akan dibuka bermula 3 Julai ini sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan jalan raya di ibu negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Penyelesaian segera, menyeluruh atasi masalah kesesakan jalan raya sebelum 2030 - Ahmad Zahid
Jawatankuasa kabinet yang bermesyuarat untuk kali pertama hari ini memutuskan beberapa penyelesaian segera dan menyeluruh.

Jutaan 'pemudik' kembali ke ibu kota
Jutaan pemudik di Indonesia pulang ke kota dari kampung halaman masing-masing selepas cuti perayaan selama seminggu sempena Aidilfitri berakhir pada Selasa.

Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari ketiga Aidilfitri.

Tiga juta kenderaan dijangka banjiri Pulau Pinang Aidilfitri ini
Kadar lalu lintas atau kenderaan yang masuk dan keluar dari Pulau Pinang mencecah 2.1 juta dalam tempoh seminggu, dan ia mencecah 2.2 juta sepanjang minggu lepas.

Polis tumpu 13 kawasan panas di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling
Sebanyak 13 kawasan panas kerap berlaku kemalangan maut di negeri ini diberi tumpuan oleh Polis Kontinjen Kedah bagi pelaksanaan Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.

Kesesakan Gua Musang: Polis Kelantan bincang projek dihentikan sementara
Polis Kelantan sudah berbincang dengan JKR dan PBT supaya kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara sebelum musim perayaan ini.

Gua Musang sesak: Perantau boleh guna jalan lain balik Kelantan - JPJ
Perantau yang pulang untuk berhari raya di Kelantan masih mempunyai beberapa pilihan jalan bagi mengelakkan kesesakan di Gua Musang.