Penyelewengan kontrak tenaga solar: Tindakan tegas diambil

Harits Asyraf Hasnan
Jun 10, 2018 10:34 MYT
Maszlee akan mengumumkan keputusan tegas yang terpaksa diambil itu dalam satu sidang media 1.30 petang esok. Foto Fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kemeterian Pendidikan telah mengambil keputusan tegas berkait isu penyelewengan dalam pemberian kontrak perbekalan tenaga solar kepada sekolah-sekolah di Sarawak.
Menterinya, Maszlee Malik berkata ia hasil siasatan terperinci mengenai kes itu sejak minggu lalu.
"Saya maklum mengenai laporan oleh pihak media mengenai kemungkinan wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak perbekalan tenaga solar kepada sekolah-sekolah di Sarawak.
"Saya telah menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini sejak minggu lepas. Pihak-pihak berkuasa yang berkaitan juga telah dimaklumkan.
"Satu keputusan tegas telah saya ambil pada hari Jumaat 8 Jun 2018 yang lalu," ujar beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Bagaimanapun, keputusan itu akan diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media yang dijadual pada 1.30 petang esok.
#Kementerian Pendidikan #kontrak tenaga solar #Maszlee Malik #pendidikan #penyelewengan #sekolah sarawak #siasatan