awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia dewan makan Maktab Mahmud maut kemalangan kereta putus dua

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/10/2023
00:30 MYT
Penyelia dewan makan Maktab Mahmud maut kemalangan kereta putus dua
Beginilah keadaan kereta Proton Iswara yang dipandu seorang wanita selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, pada Rabu. - Gambar ihsan PDRM
BALING : Seorang wanita maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, pada Rabu.
Mangsa, Farah Nabihan Mohamad, 37, yang juga penyelia dewan makan Maktab Mahmud Baling meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 5 petang yang membabitkan dua kenderaan terbabit.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kenderaan pikap yang dipandu lelaki berusia 57 tahun bersama penumpangnya, seorang wanita berusia 54 tahun datang dari arah Kuala Ketil menghala ke Parit Panjang.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Proton Saga Iswara yang dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan Toyota Hilux berkenaan dalam kedudukan melintang.
"Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kenderaan pikap itu tidak sempat mengelak lalu melanggar di bahagian hadapan sebelah kiri Proton Saga Iswara berkenaan menyebabkan ia terputus dua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta Proton Iswara Aeroback itu tercampak ke sebelah kiri jalan dan mengalami cedera parah.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang hadapan kenderaan pikap itu hanya mengalami luka di bahagian dahi.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#penyelia dewan makan
#Maktab Mahmud
#kemalangan
#kereta putus dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan