MALAYSIA
Penyelia operasi pelantar minyak rugi lebih RM100,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Mangsa yang dijanjikan pulangan pelaburan lumayan telah membuat 10 kali pembayaran modal berjumlah RM154,291 ke lima akaun syarikat berbeza dari 19 Sept hingga 3 Okt. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang penyelia operasi pelantar minyak kerugian RM154,291 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 40 tahun itu telah menyertai pelaburan pembekalan alat tulis secara pukal yang diiklankan menerusi laman TikTok pada 17 Sept lepas.
Beliau berkata, mangsa yang dijanjikan pulangan pelaburan lumayan telah membuat 10 kali pembayaran modal berjumlah RM154,291 ke lima akaun syarikat berbeza dari 19 Sept hingga 3 Okt.
"Mangsa mengambil keputusan menarik diri daripada pelaburan berkenaan setelah gagal mendapat keuntungan dijanjikan.
"Mangsa cuba mendapatkan kembali wang modal dilaburkan, namun suspek memintanya membayar denda sebanyak RM63,191 dan kos pengurusan kedai menerusi TikTok sebanyak RM81,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata, mangsa yang menyedari ditipu tampil membuat laporan polis Rabu lepas dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA