awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia restoran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM80,000

Bernama
Bernama
15/07/2024
08:00 MYT
Penyelia restoran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM80,000
Nur Putra Assyarafain Zuhari, 22, yang diamanahkan dengan wang hasil jualan restoran itu didakwa gagal menyerahkan wang tersebut kepada pihak syarikat. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Seorang penyelia restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 25 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM81,126.86.
Bagi semua pertuduhan itu, Nur Putra Assyarafain Zuhari, 22, yang diamanahkan dengan wang hasil jualan restoran itu didakwa gagal menyerahkan wang tersebut kepada pihak syarikat.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di kaunter premis Tokmer Enterprise cawangan Jasin Bestari antara 17 Mac hingga 19 Jun lepas mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazwanie Marizan dan Rashidah Baharom menawarkan jaminan berjumlah RM50,000 terhadap tertuduh bagi kesemua pertuduhan.
Bagaimanapun Nur Putra Assyarafain yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan dikurangkan kerana mempunyai tanggungan ibu dan bapa.
Hakim Azaraorni Abd Rahman menetapkan jaminan keseluruhan sebanyak RM42,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Ogos ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelia syarikat
#pecah amanah
#wang syarikat
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan