awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia, sembilan pekerja pakai gelang pink ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/08/2021
02:06 MYT
Penyelia, sembilan pekerja pakai gelang pink ditahan
Hasil siasatan mendapati penyelia premis tersebut telah mengarahkan sembilan pekerja terbabit supaya datang bekerja. - Gambar hiasan
KAMPAR: Seorang penyelia bersama sembilan pekerja sebuah premis pembekal dan pembungkusan ditahan ketika sedang bekerja selepas didapati memakai gelang kuarantin merah jambu pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ops Patuh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Teknologi 3, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kesemua mereka mendapati penyelia kedai berusia 32 merupakan warga tempatan bersama sembilan pekerja warga asing berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu masih dalam tempoh kuarantin bermula 18 hingga 27 Ogos.
"Hasil siasatan juga mendapati penyelia premis tersebut telah mengarahkan sembilan pekerja terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja pada pada jam 8 pagi di tingkat bawah premis berkenaan.
"Tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama kesemua pekerja tersebut kerana telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2," katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Ahad.
Menurutnya, perintah kuarantin dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan kesemua mereka dipakaikan gelang kuarantin pada pada 20 Ogos lalu.
Jelas Hasron, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.
Katanya, perbuatan itu juga turut disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Tambah beliau, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Gelang merah jambu
#ditahan
#polis
#penyelia
#Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan