Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta pesawat udara tanpa pemandu (UAV) atau dron daripada gentian bahan semulajadi – daun nanas – dan mempunyai ciri daya rintangan elektrik (electrical resistance).
Dron yang diberi nama Putra Unmanned Aerial Vehicle atau Putra UAV itu adalah inovasi pertama seumpamanya menggunakan gentian bahan semulajadi atau biokomposit daripada daun nanas.
Ia berkeupayaan terbang sehingga kira-kira 30 meter dan boleh berada di udara selama kira-kira 20 minit.
Dengan ciri istimewa mempunyai daya rintangan elektrik, ia boleh mengelak berlakunya litar pintas.
Ia juga mudah dibaiki jika berlaku kerosakan kecil.
Ketua kumpulan penyelidik itu, Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan berkata struktur Putra UAV terdiri daripada rangka yang diperbuat daripada gentian semula jadi itu.
Struktur yang lain ialah motor, bilah dan bateri yang boleh dicaj semula.
Menurutnya, kebanyakan dron pada masa ini diperbuat daripada plastik, gentian karbon dan aluminium yang dikategorikan sebagai gentian sintetik.
Secara perbandingan, katanya, dron yang diperbuat daripada bahan semulajadi atau biokomposit mempunyai nisbah kekuatan yang tinggi berdasarkan berat berbanding dron daripada gentian sintetik, serta lebih murah, ringan, manakala bahan semulajadinya mudah diperoleh, dan konduktiviti elektrik yang rendah.
“Justeru, biokomposit berpotensi besar menggantikan bahan sedia ada dengan beberapa kelebihan seperti ringan dan mesra alam kerana faktor biodegradasi yang mudah terurai dan dilupus dalam tanah,” katanya.
Beliau berkata idea mencipta dron daripada gentian bahan semulajadi daun nanas itu tercetus semasa projek komuniti di Teluk Panglima Garang, Selangor pada 2017 apabila didatangi ketua kampung di situ yang meminta UPM membantu melupus daun nanas yang banyak daripada penanaman nanas oleh penduduk kampung.
Katanya, menurut ketua kampung itu, sebelum ini daun nanas di kampung itu dilonggok dan dibiarkan sahaja yang boleh menjadi sarang binatang berbisa seperti ular dan biawak, atau dibakar yang mengakibatkan pencemaran.
Mohamed Thariq yang juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan UPM berkata ekoran itu beliau memohon dana penyelidikan dan memperoleh RM25,000 daripada UPM untuk membangunkan ekosistem dengan menghasilkan mesin yang boleh menukarkan daun nanas kepada gentian.
Katanya, ia adalah satu inovasi dalam menukar bahan bukan sintetik iaitu daun nanas kepada gentian.
Menurutnya sebanyak 300gm daun nanas boleh menghasilkan empat keping ‘plate’ untuk pembikinan dron.
“Penghasilan Putra UAV ini sekali gus berjaya memanfaatkan penggunaan daun nanas,” katanya.
Beliau berkata, dron yang dihasilkan itu boleh digunakan untuk tujuan pemantauan dari udara, penyemburan racun bagi aktiviti pertanian, atau digunakan sebagai hobi.
Penghasilan itu, katanya lagi, diharap dapat memartabatkan lagi UPM dalam bidang pertanian.
Penghasilan dron itu termasuk di bawah Strategi Lautan Biru Negara, yang turut membabitkan seorang penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan seorang dari Malaysia UAV Drone Activist Society (MUDAS).
Selain beliau, kumpulan penyelidik itu terdiri daripada Dr Ain Umaira Md Shah, Dr Syafiqah Nur Azrie Safri, Muhammad Imran Najeeb, Ts Mohd Edyazuan Azni, Dr Adi Azriff Basri, Dr Ahmad Hamdan Ariffin, Mohd Lufti Mohd Tawil dari UPM bersama Prof Dr Yusri Yusof (UTHM) dan William Robert Alvisse (MUDAS).
Inovasi dron ini memenangi emas pada 8th International, Invention & Design Competition (INDES 2019), emas pada Research Innovation & Enterprise Centre (2019) Innovation Technology Expo (InTEX19), emas pada 2nd Digitalised International Invention, Innovation and Design Johor 2019 (DIID Johor 2019), emas dan Anugerah Khas pada Karnival Inovasi UTeMEX2019, serta johan pertandingan Penyelidikan dan Pembangunan pada Selangor R&D and Innovation Expo 2019. - Azman Zakaria/UPM
Kenyataan Media
Thu Jul 23 2020
Dron yang diberi nama Putra Unmanned Aerial Vehicle atau Putra UAV itu adalah inovasi pertama seumpamanya menggunakan gentian bahan semulajadi atau biokomposit daripada daun nanas. -UPM
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyelidik UPM cipta dron daripada daun nanas
Dron yang diberi nama Putra Unmanned Aerial Vehicle atau Putra UAV itu adalah inovasi pertama seumpamanya menggunakan gentian bahan semulajadi atau biokomposit daripada daun nanas.