awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelidikan manuskrip Melayu lama perlu diperluas - Pemangku Raja Perlis

Bernama
Bernama
24/08/2023
12:55 MYT
Penyelidikan manuskrip Melayu lama perlu diperluas - Pemangku Raja Perlis
Baginda bertitah bahasa dan ilmu persuratan Melayu merupakan khazanah warisan ilmu bangsa Melayu dan ia sebelum ini telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Penyelidikan terhadap manuskrip Melayu lama perlu diperluas serta disinergikan dengan kecekapan ilmu sains teknologi terkini bagi memastikan bahasa serta budaya Melayu terus dikenali oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah bahasa dan ilmu persuratan Melayu merupakan khazanah warisan ilmu bangsa Melayu dan ia sebelum ini telah mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.
"Manuskrip Melayu seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Aceh telah diangkat dan diwartakan sebagai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu atau (UNESCO)," titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir pada majlis tersebut Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Roslee Rajikan dan Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia Dr Aini Andria Shirin Anuarudin.
Titah baginda KPT diseru untuk menitikberatkan pengukuhan adat, adab dan bahasa dalam kalangan generasi masa kini bukan sahaja dalam negara malah sehingga ke luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#manuskrip Melayu lama
#luar negara
#UniMAP
#masyarakat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan