KOTA BHARU: Seorang penyeludup lelaki telah melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, ketika operasi penguatkuasaan membanteras penyeludupan petrol dan diesel berhampiran pangkalan haram Pok Mat, Kampung Simpangan di Tumpat, pada Rabu.
Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata ketika kejadian 9.45 pagi itu, lima anggota kastam yang melakukan tugas harian rondaan air, menemukan kira-kira 15 buah bot berenjin galah sedang memunggah barangan yang dipercayai minyak petrol dan diesel.
Beliau berkata anggota rondaan itu kemudiannya bertindak menghampiri salah sebuah bot berenjin galah yang sarat dengan muatan tong itu di tebing pangkalan tersebut, sebelum seorang pegawai kastam melompat masuk ke dalam bot galah berkenaan.
"Pada masa sama, penyeludup yang berada di atas bot itu, terus bertindak melarikan diri dengan melompat ke bot rakannya yang datang membantu serta mengacukan pistol ke atas anggota kastam, sebelum bertindak melarikan diri menuju ke tengah-tengah sungai menghala ke Thailand.
"Penyeludup itu kemudiannya melepaskan dua das tembakan iaitu satu ke udara dan satu ke aras pihak kastam, sebelum melepaskan satu das tembakan lagi ke arah pasukan operasi, semasa mereka menarik bot kes yang ditahan membuat pusingan ke arah Kuala Tak Bai, untuk dibawa balik ke pejabat kastam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam berkata pasukan operasi penguatkuasaan telah mempercepatkan bot jabatan untuk berpusing, sehingga menyebabkan bot yang sarat dengan minyak petrol itu tenggelam dan telah bertindak memotong tali bot enjin galah tersebut, sebelum bergerak meninggalkan lokasi itu bagi memastikan keselamatan pegawai.
"Semua pasukan operasi dapat menyelamatkan diri dari ancaman tembakan ugutan yang dilakukan oleh penyeludup.
"Cabaran dan halangan semasa menjalankan tugas penguatkuasaan itu, satu rutin yang perlu JKDM tempuhi demi menjaga keselamatan dan mengawal ketirisan hasil negara, malah ancaman seperti ini tidak pernah melunturkan semangat pihaknya untuk terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024
Wan Jamal Abdul Salam berkata ketika kejadian, lima anggota kastam yang melakukan tugas harian rondaan air, menemukan kira-kira 15 buah bot berenjin galah sedang memunggah barangan yang dipercayai minyak petrol dan diesel. - Gambar fail/Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Kastam gagalkan penyeludupan 40kg dadah disembunyikan dalam mesin industri
Taktik licik penyeludup menyembunyikan 40 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM6.6 juta dalam sebuah mesin industri berjaya dikesan Jabatan Kastam .
Penggunaan kamera badan beri impak positif, kes salah guna kuasa turun - JKDM
Penggunaan kamera badan (BWC) dalam kalangan anggota dan pegawai Kastam menyaksikan kes tatakelakuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa menurun.
Kamera badan jadi 'fear factor,' tingkat integriti dan penguatkuasaan anggota, pegawai JKDM
Sejak mula digunakan pada Oktober 2023, berdasarkan rekod, aduan melibatkan salah laku anggota dan pegawai JKDM di lapangan menurun.
Kastam Kelantan rampas tembakau kering bernilai lebih RM50,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 3,980 kilogram tembakau kering bernilai RM59,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Machang- Jeli pada minggu lepas.
Kastam rampas 16 kenderaan mewah, rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.