MALAYSIA
Penyeludupan manusia di sempadan Kanada semakin meningkat - AS
Data Kastam dan Perlindungan Sempadan AS menunjukkan peningkatan aktiviti pemerdagangan antara negeri New York dan Vermont dengan Kanada sejak 2023. - Gambar hiasan/ Reuters
WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada Khamis mengumumkan ia akan memperluas usaha membanteras penyeludupan dan pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan dengan Kanada, berikutan keadaan yang semakin meruncing di kawasan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
"Saya ingin jelaskan: Jika anda menyeludup manusia, anda akan ditemui, anda akan didakwa, dan anda akan dibawa ke muka pengadilan," kata Peguam Negara AS Pam Bondi pada sidang akhbar di Florida. "Tidak kira di mana anda berada."
DoJ berkata misi Pasukan Petugas Bersama Alpha (JTFA), yang ditubuhkan oleh pentadbiran Biden bagi memerangi rangkaian penyeludupan dan pemerdagangan manusia, akan diperluas ke sempadan timur laut AS dengan Kanada, khususnya di New York dan Vermont.
Bondi berkata selain beroperasi di sempadan selatan, kartel jenayah juga telah lama beroperasi di sempadan utara. "Ia memang berlaku sejak dahulu, tetapi kini jauh lebih buruk, jauh lebih berleluasa," katanya.
"Kerana... ia merupakan perniagaan bernilai berbilion dolar - penyeludupan dadah, senjata, dan manusia. Dan mereka tidak akan berhenti walaupun kita memperketat kawalan di sempadan selatan," tambah Bondi.
Apabila JTFA ditubuhkan pada 2021, ia diberi mandat untuk membanteras "kumpulan penyeludupan dan pemerdagangan manusia paling prolifik dan berbahaya" yang beroperasi di Mexico, Guatemala, El Salvador dan Honduras. Pada 2024, Panama dan Colombia turut dimasukkan dalam liputannya.
Penyiar CNN AS memetik data Kastam dan Perlindungan Sempadan AS yang menunjukkan peningkatan aktiviti pemerdagangan antara negeri New York dan Vermont dengan Kanada sejak 2023.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- DoJ memperluas operasi Pasukan Petugas Bersama Alpha (JTFA) ke sempadan timur laut AS dengan Kanada, khususnya di New York dan Vermont, susulan peningkatan aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan itu sejak 2023.
- JTFA yang ditubuhkan pada 2021 sebelum ini memfokuskan kepada rangkaian penyeludupan di Mexico, Guatemala, El Salvador dan Honduras, dan kini turut meliputi Panama serta Colombia.
- Peguam Negara AS Pam Bondi menegaskan komitmen untuk mendakwa penyeludup manusia, sambil menyatakan kartel jenayah terus beroperasi di sempadan utara kerana keuntungan besar daripada penyeludupan dadah, senjata dan manusia.