Maklumat yang digunakan dalam penyediaan Laporan Pemerdagangan Orang 2014 (TiP) yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) adalah tidak tepat, dengan sumber disifatkan sebagai tidak boleh dipercayai, kata Kementerian Luar Negeri Malaysia hari ini.
Kementerian itu berkata laporan itu telah bergantung kepada maklumat yang tidak disahkan dan diberikan oleh pertubuhan-pertubuhan yang mencurigakan.
"Malaysia memandang serius dan komited dalam menangani isu penyeludupan manusia dan penyeludupan migran. Komitmen ini ditunjukkan melalui usaha-usaha yang diambil untuk meningkatkan mekanisme sedia ada dan untuk memerangi jenayah yang kejam ini.
"Walaupun Malaysia didakwa tidak mencapai kemajuan dan penambahbaikan dalam bidang pendakwaan, pencegahan dan perlindungan, namun Malaysia telah mengambil langkah dan inisiatif yang konsisten dalam menangani isu-isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Jabatan Negara ASsendiri dalam laporan 2014 ini mengakui langkah-langkah positif Malaysia dalam usaha untuk melindungi mangsa, di mana mangsa-mangsa pemerdagangan buruh tertentu dibernarkan tinggal dan bekerja di Malaysia,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Memetik pelarian Rohingya sebagai contoh, dianggarkan bahawa 35,000 sedang mencari suaka politik di Malaysia.
"Kerajaan Malaysia telah melakukan segala yang dibenarkan di bawah undang-undang domestik bagi meringankan penderitaan pendatang ini, dengan harapan bahawa mereka akan ditempatkan semula di negara ketiga atau memilih untuk kembali ke negara mereka apabila keadaan bertambah baik. Walaupun kerajaan Malaysia telah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli komuniti antarabangsa dalam menangani isu perdagangan manusia, tanpa mengira bangsa, namun adalah sukar untuk mempunyai dasar yang akan melayani pendatang lebih baik daripada rakyatnya sendiri."
Pada 1 Mac, 2014, satu dasar baru telah digubal untuk membolehkan mangsa pemerdagangan buruh, yang tidak memerlukan penjagaan di rumah perlindungan, untuk bekerja dan tinggal di Malaysia.
Pengeluaran permit kerja di bawah dasar baru ini pada masa ini terhad kepada kes-kes pemerdagangan buruh yang melibatkan pertikaian gaji, dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).
Pada bulan yang sama, kerajaan juga memuktamadkan penubuhan sebuah rumah perlindungan untuk mangsa perdagangan di Bandar Sri Damansara.
Projek perintis ini, di mana pengurusan dan operasi harian dijalankan oleh sebuah NGO, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kerjasama dengan NGO dalam meningkatkan persekitaran pusat penahanan mangsa pemerdagangan.
Kerajaan telah meluluskan RM800,000 daripada pembiayaan awal untuk operasi rumah perlindungan, dan sedang mempertimbangkan menambahan rumah sebegitu pada masa depan.
Bersama-sama dengan usaha ini, kerajaan pada November 2013 telah melancarkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai garis panduan buat agensi-agensi penguatkuasaan dalam memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
Wisma Putra berkata Malaysia terus bekerjasama dengan negara-negara tertentu untuk meningkatkan perkongsian maklumat, rangkaian perisikan dan pemantauan kegiatan penyeludupan manusia. Bagi tujuan ini, Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai jenayah transnasional dengan enam buah negara iaitu Bangladesh, Kanada, China, Arab Saudi, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Di peringkat serantau, Malaysia memainkan peranan dalam mengatur pemerdagangan orang dan aktiviti penyeludupan migran melalui rangka Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Transnasional (AMMTC) dan Mesyuarat Tahunan Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC).
Malaysia juga menyokong langkah-langkah untuk membantu orang memerangi penyeludupan, pemerdagangan orang dan jenayah merentas sempadan yang berkaitan di rantau Asia Pasifik melalui Proses Bali mengenai Penyeludupan Orang, Perdagangan Manusia dan Jenayah Rentas Sempadan (Proses Bali).
Walau bagaimanapun, Wisma Putra tidak menafikan bahawa memerangi pemerdagangan orang masih usaha yang berterusan bagi Malaysia.
"Malaysia akan terus berusaha untuk membasmi jenayah yang kejam ini dan akan terus bekerja dalam lingkungan undang-undang domestik utama yang berkaitan dengan perdagangan manusia, iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Undang-undang ini sedang dikaji semula dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesuaian dan keberkesanannya. "
Pada hari Jumaat, Jabatan Negara AS telah mengeluarkan satu laporan yang menurunkan Malaysia ke Peringkat 3 daripada kedudukan sebelumnya iaitu Peringkat 2.
Tiga negara lain turut disingkirkan ke peringkat terendah iaitu Thailand, Venezuela dan Gambia.
Di bawah Peringkat 1, negara-negara di mana kerajaannya mematuhi sepenuhnya standard minimum Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA). Kebanyakan negara-negara maju disenarai dalam kelompok ini.
Peringkat 2 adalah negara-negara yang tidak mematuhi sepenuhnya dengan piawaian minimum TVPA, tetapi tetap berusaha untuk membawa diri mereka ke dalam piawaian tersebut. Kebanyakan negara-negara Asean seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam jatuh di bawah kategori ini.
Negara-negara dalam Peringkat 3 adalah mereka yang tidak mematuhi sepenuhnya dengan piawaian minimum dan tidak membuat usaha ketara untuk berbuat demikian.
Jabatan Negara AS telah menyatakan bahawa terdapat bukti buruh paksa dan perdagangan seks di Malaysia, yang merupakan "destinasi dan, sedikit sebanyak, sumber dan negara transit untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terdedah kepada perdagangan seks."
Malaysia telah secara automatik diturunkan kepada Peringkat 3 selepas empat tahun berturut-turut tersenarai di kategori Tahap 2.
Penyingkiran boleh mengakibatkan sekatan ekonomi dan pemotongan bantuan kewangan pembangunan untuk negara tersebut.
Cynthia Ng
Sun Jun 22 2014
Laporan Pemerdagangan Orang 2014 yang dikeluarkan Jabatan Negara AS.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria