awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyenggaraan LRA Sungai Selangor Fasa 1 dijangka siap 7 malam ini - Air Selangor

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2024
07:12 MYT
Penyenggaraan LRA Sungai Selangor Fasa 1 dijangka siap 7 malam ini - Air Selangor
Para pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pukul 3 pagi Khamis. -X Air Selangor
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSF1) telah dimulakan pada pukul 9 pagi tadi.
Air Selangor dalam kemas kini di platform X, memaklumkan kerja-kerja penyenggaraan dijangka siap pada jam 7 malam ini dan para pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pukul 3 pagi Khamis.
Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah dimulakan pada jam 9:00 pagi hari ini (Rabu) mengikut jadual seperti yang dimaklumkan pada 13 Mei 2024.
Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset ini dijangka akan pic.twitter.com/1ePcysmHs1
— Air Selangor (@air_selangor) June 5, 2024
"Ia setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
"Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada jam 3:00 petang, Khamis diikuti dengan 90 peratus pada jam 3:00 pagi, Jumaat.
"Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat pula dijangka pada jam 12:00 tengah hari, Jumaat," kata Air Selangor dalam kenyataan tersebut.
Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang bermula jam 9:00 pagi tadi sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, hari ini. Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara pic.twitter.com/i5I9GxR3nj
— Air Selangor (@air_selangor) June 5, 2024
Air Selangor sebelum ini memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja penyelengaraan bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Bagaimanapun, beberapa buah lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas telah digerakkan dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis serta upacara pengebumian.
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor.
Topic Berkaitan
#gangguan air berjadual
#Air Selangor
#loji rawatan air
#penyenggaraan dan penggantian aset
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan