awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, anak maut

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/12/2020
01:23 MYT
Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, anak maut
Muhammad Syafiq (gambar kecil) cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi ini yang mengorbankan anak lelaki dan ibu mertuanya. - Foto JBPM
NIBONG TEBAL:Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara, dekat Sungai Bakap, awal pagi tadi.
Kemalangan ngeri itu mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertuanya, dan Titik Sukamti, 30-an.
Muhammad Syafiq, 25 tahun, dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, cedera ringan namun isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Lee Chong Chern, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 4.16 pagi.
"Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara, telah melanggar pembahagi tengah jalan dan terbalik di garisan putus-putus di tengah jalan.
"Siasatan di lokasi kejadian mendapati ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik," katanya.
Foto JBPM Pulau Pinang
Foto JBPM Pulau Pinang
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.
Sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.
"Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu.
"Pasukan bomba dengan PPE lengkap kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan.
Foto JBPM Pulau Pinang
Foto JBPM Pulau Pinang
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi.
"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya sementara yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Sungai Bakap.
Muhammad Syafiq turut menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap.
Foto JBPM Pulau Pinang
Foto JBPM Pulau Pinang
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Muhammad Syafiq Ahmad
#pemain bola sepak
#JDT
#Lebuhraya Utara Selatan
#PLUS
#ibu mertua
#anak
#bayi
#cedera
#parah
#Toyota Vellfire
#Sungai Bakap
#JBPM
#pulau pinang
#tersepit
#terbabas
#langgar pembahagi jalan
#Lee Chong Chern
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan