SINGAPURA: Mahkamah Singapura menetapkan lelaki yang didakwa menyerang artis Malaysia Kamal Adli akan direman dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri.
"Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri," kata Hakim Daerah Terence Tay yang bersetuju dengan permohonan pendakwa raya menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.
Tay berkata bahawa sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac.
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri di sini pada Selasa (14 Mac) kerana "terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya."
"Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu," menurut SPF dalam kenyataan
Pada Ahad (12 Mac) kira-kira jam 9.19 malam, Pasukan Polis Singapura telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan cota.
Polis telah merampas cota berkenaan untuk dijadikan bahan bukti dan siasatan sedang dijalankan.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Dia dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula Jumaat.
Menurut Uqasha, kejadian itu berlaku pada penghujung acara tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai punca suaminya diserang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Kamal Adli dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula Jumaat. - Gambar fail

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

Li Jane muncul juara boling Terbuka Singapura 2023
Pemain boling negara Sin Li Jane muncul juara kejohanan boling Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 ke-53 yang berlangsung di Singapore Bowling Rifle Range hari ini.

Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei terkandas di separuh akhir
HASRAT pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Singapura 2023 tidak kesampaian pada Sabtu.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final.

Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023
Aaron-Wooi Yik mengambil masa 38 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-17 ke atas Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

'Anak saya masih menangis hilang ayah, tapi anda jadikan MH370 jenaka'
Intan Maizura meluahkan perkara itu susulan tindakan melampau pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina Malaysia menerusi persembahan komedi.

Jocelyn Chia nyahaktif akaun media sosial, rakyat Singapura sifatkan lawaknya tidak kelakar
Semakan pada akaun IG pelawak di https://www.instagram.com/chiacomedy/ mendorong mesej: "Maaf, halaman ini tidak tersedia.

Jenaka melampau: Sekat Jocelyn Chia masuk Malaysia
Gerakan mengecam tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia kerana menghina dan mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.